Thursday, 10 May 2012

Hatiku Milikmu 5


Bab 5

Setelah sampai di perkarang rumahnya, Adrian melihat Jasmine sedang duduk bersendirian di halaman rumah. Dia melihat Jasmine termenung sambil menangis. Dia pasti ada sesuatu yang dilakukan oleh Danish sehingga menyebabkan Jasmine menangis. Adiknya itu bukan jenis yang mudah untuk mengalirkan air mata kecuali hal-hal yang sangat berat bagi dirinya. Adrian harus berbincang dengan adiknya untuk menyelesaikan masalah Jasmine. Sudah sering sekali dia melihat Jasmine menangis apabila dia keseorangan, sungguh berbeza sekali jika Jasmine bersama dengan keluarganya.

Angin malam bertiup lembut menyapa seraut wajah polos yang sedang asyik termenung di halaman rumah. Jasmine hanyut di dalam kelembutan angin pada malam itu. Kehadiran Adrian tidak di sedarinya lansung. Jasmine mengelap air matanya. Dia kelihatan kembali tenang semula. Sudah tidak ada air mata lagi yang ingin keluar membasahi pipinya. Adrian mengusat lembut kepala adiknya dan menyebabkan Jasmine kembali ke dunia realiti.

“Adik ada masalah ke? Dari tadi Ash tengok adik sedih semacam.. Adik sekarang ni selalu sangat termenung. Cuba cerita apa masalah adik kat Ash. Mana tahu Ash boleh tolong adik..”
I’m fine. Don’t worry, okay?” Jasmine memberikan senyuman kapeda abangnya. Adrian tahu senyuman itu hanya di buat-buat oleh adiknya.

“Ash nampak adik menangis tadi. Tu yang adik kata okay. Come on babe. I’m older than you. Adik takkan dapat tipu abang macam ni. Takde orang kat dunia ni menangis tanpa sebab. Orang hanya menangis ketika mereka sedih dan terlampau gembira. Ash tahu yang adik menangis sebab adik sedih. Muka adik muram semacam, kalau kucing yang lalu pun confirm takut punya.” Adrian cuba berseloroh untuk menghiburkan adiknya. Jasmine hanya tersenyum mendengar celoteh abangnya.

“Jass tak tahu macam mana nak cerita dengan abang. Otak Jass tengah berserabut, dah tak dapat nak susun balik dah.” Giliran Jasmine pula berseloroh dan membuatkan tawa Adrian berderai.
“Sebab tu la abang suruh adik cerita kat abang apa masalah adik. Boleh la Ash tolong susun balik otak adik yang berserabut tu.” Ada saja ayat yang digunakan oleh Adrian untuk mengorek rahsia adiknya itu.

Complicated sangat sampaikan adik pun tak tahu nak mula dari mana.” Jasmine duduk sambil menongkat dagu.
“Okay. Ash rasa ni mesti pasal Danish kan? Sebab korang dah putus kan? Ash nak tahu kenapa adik dengan Danish boleh putus masa tu?” Adrian duduk di kerusi berhadapan dengan Jasmine menyebabkan mata mereka berdua bertentangan. Adrian dapat merasai kesedihan yang di lalui oleh adiknya itu.

“Memang sebab Danish. Adik putus dengan dia sebab dia curang dengan adik. Adik yang minta putus. Takde guna lagi adik bersama dengan orang yang dah tak sayangkan adik. Adik tak nak menagih kasih dari orang macam Danish tu. Adik masih punya harga diri lagi.” Lantas dengan itu juga tangisan Jasmine bergururan apabila teringat dengan insiden yang berlaku diantara dia dengan Danish. Adrian menyapu pipi adiknya yang dibasahi oleh air mata itu.

“Kenapa adik baru cakap hari ni? Kenapa adik tak cakap hari tu? Danish tu memang laki tak guna ! Tengok la nanti macam mana rupa dia lepas jumpa dengan Ash.” Adrian menunjukkan penumbuknya. Dia berasa geram sekali dengan tindakan Danish. Sungguh dia tidak menyangka yang Danish curang dengan adiknya.

“Dah la tu. Let bygones be bygones. Adik tak  nak Ash pergi serang dia sebab tu adik tak bagi tahu dengan abang Ash.” Jasmine cuba untuk menenangkan abangnya. Dia takut abangnya itu akan menyerang Danish setelah mengetahui hal tersebut.

Let bygones be bygones? Are you crazy? He’s cheating on you Jass. Ash takkan diam macam tu saja. Ash takkan lepaskan dia dengan senang-lenang lepas apa yang dia buat kat adik.” Amarah Adrian seperti sudah sampai kepada kemuncaknya. Lagaknya seperti harimau yang sedang kelaparan.

Please Ash. Just let It be. Tak payah nak cari gaduh dengan anak orang.” Jasmine memujuk abangnya.
For your sake, I won’t let it be. Jangan ingat Ash akan maafkan dia. Biar dia tahu langit tu tinggi atau rendah.”

Jasmine hanya memandang abangnya dengan pandangan kosong. Dia tahu kalau abangnya itu sudah marah tiada siapa lagi yang mampu menghalang tindakannya. Tidak guna lagi dia memujuk Adrian kerana tindakan itu hanya sia-sia sahaja.

“Suka hati Ash la. Tapi jangan buat perkara bodoh yang boleh memalukan keluarga kita. Adik tak nak sebab adik, papa jadi marah dengan Ash.”
“Adik jangan risau. Tahu la apa yang Ash nak buat dengan dia nanti. Adik dah bagi tahu Eian ke belum?” Adrian memandang seraut wajah dihadapannya itu.

“Belum lagi. Adik tak sempat nak cakap dengan dia hari tu.”
“Kalau macam tu, biar Ash aje yang bagi tahu dekat Eian. Jum masuk dalam, dah lewat sangat ni. Tak payah nak fikir pasal lelaki tak guna tu. Tidur lagi bagus derr..”

Adrian menarik lengan adiknya untuk masuk ke dalam rumah. Pada mulanya, Jasmine ingin menolak tetapi apabila melihat abangnya menjengilkan matanya Jasmine segera membatalkan niatnya. Adrian lantas mengunci pintu rumah mereka kemudian mereka sama-sama menaiki tangga dan menuju ke bilik masing-masing. Jasmine melabuhkan tubuhnya ditilam empuk miliknya, terasa sungguh selesa sekali. Dia belum berasa mengantuk lagi.

Pusing kanan pusing kiri, semua serba tak kena. Sekejap duduk sekejap baring. Jasmine resah dengan keadaan dirinya yang tidak menentu. Dilelapkan mata tetapi masih degil juga ingin berjaga. Jasmine kemudian mengambil novelnya lalu meneruskan pembacaan yang tertangguh sebelum ini. Jasmine memang gemar untuk membaca novel. Dia tertarik dengan setiap kisah cinta yang selalu dibacanya di dalam novel. Namun kisah cintanya dan Danish tidaklah seindah dan semanis seperti di dalam novel. Jasmine meneruskan kembali pembacaannya dan membuang jauh-jauh nama Danish dalam fikirannya.

Nada dering talking to the moon-bruno mars berkumandang tanda ada pesanan ringkas yang dikirimkan. Jasmine mencapai handphonenya dan mambaca pesanan yang dikirimankan untuknya.

Jangan baca novel lagi. Dah lewat malam ni.
It’s time for you to get some sleep and rest. :)

Jasmine hanya tersenyum memandang pesanan yang dikirim oleh abangnya. Jasmine kemudian menekan punat telefon bimbitnya.

Abang Ash ni ada pasang cctv ke kat bilik adik?
Bagus abang mengaku sekarang dekat mana abang pasang cctv tu sebelum adik bagi penumbuk dekat muka abang. Beware!

Adrian terkejut dengan pesanan yang baru dikirim oleh adiknya itu. Sudah gila agaknya kerana menyangka dia ada memasang cctv kat bilik adiknya. Untuk apa dia hendak mengintai adiknya sendiri. Dia masih waras lagi untuk melakukan semua itu.

Are you insane? Suka hati dia aje nak tuduh Ash macam tu.
Banyak cantik nak pasang cctv kat bilik adik tu.
 Abang tahu la adik baca buku sebab lampu bilik adik masih menyala lagi.

Jasmine kemudian ketawa setelah membaca pesanan yang dibalas abangnya itu. Dia sendiri pun tidak tahu kenapa dia boleh mengesyaki abangnya sendiri. Jasmine malu dengan tindakannya tadi.

Hehehe. Chill dude. Just kidding.
Abang punya sangkaan tu sentiasa tepat.
Sebab tu la adik ingat ada cctv dalam bilik adik ni tadi. Goodnight.Sweetdream. :D

Adrian hanya menggelengkan kepala. Dia hanya membiarkan sahaja pesanan adiknya itu tidak terbalas. Adrian melakukan sedikit senaman ringan yang biasa dilakukannya sebelum tidur dan melabuhkan tubuhnya di tilam serta melelapkan matanya. Begitu juga dengan Jasmine.Setelah menyimpan novelnya didalam laci, Jasmine terus melelapkan matanya dan berharap agar dia kuat untuk menghadapi hari-hari akan datang disamping keluarga tersayang. Mereka sekeluarga tidur dengan nyenyak sekali pada malam itu.

P/S: Akan bersambung... :)

2 comments:

  1. .. printkan, kmk polh dalm buku n kelak kmk anta rah cdak penerbitan buku novel .. pic mok kck lh .. kk..

    ReplyDelete