Bab 6
Jasmine duduk di
buaian milik keluarganya. Pada waktu itu keluarganya semua masih belum bangun
lagi. Hanya Jasmine seorang sahaja yang sudah bangun ketika itu. Udara pada
pagi itu begitu segar sekali. Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa itu begitu
menyegarkan. Jasmine begitu menyukai suasana rumahnya, begitu indahnya ciptaan
Tuhan. Jasmine kemudian berpindah ke buaian yang khas digunakan untuk berbaring.
Buaian itu dibeli oleh Adrian ketika dia mempunyai urusan kerja di Bali,Indonesia.
Jasmine mengayun-ngayunkan dirinya sambil memandang ke arah langit. Dia dapat
melihat bermacam-macam bentuk yang di hasilkan oleh awan. Dia begitu teruja
sekali apabila melihat salah satu awan tersebut berbentuk seakan-akan bentuk
hati. Setelah melihat awan-awan tersebut, Jasmine kemudian mengambil telefon
bimbitnya dan memainkan lagu awan nano-Hafiz. Jasmine turut menyanyikan lagu
tersebut sambil memandang awan. Sudah lama dia tidak merasakan ketenangan yang
sebegitu sekali. Dirasakan segala masalah yang membebani jiwanya turut hilang
bersama dengan angin bayu. Dia seperti sudah mendapat semangat yang baru untuk
meneruskan hari-harinya tanpa sendu dan duka.
Selamat
tinggal kisah duka. Pergilah kau bersama dengan angin yang berlalu. Jangan kau
hampiri ku lagi. Biarkan diriku ini bebas dari di belenggumu. Jasmine
bermonolog sendiri.
“Cantik sungguh awan berbentuk hati itu. Mampukah aku memiliki
cinta seperti awan itu? Begitu mendamaikan jiwa apabila melihatnya.” Bibir
Jasmine berbicara sendiri.
Jasmine masih leka melihat pemandangan yang begitu indah itu.
Diamatinya satu persatu awan di langit. Dia kemudiannya melelapkan matanya dan
mencipta dunia fantasinya. Jasmine sedang berada di dunia yang penuh dengan
kasih dan sayang. Jasmine dikelilingi oleh bunga-bunga yang cantik dan tumbuh
dengan mekar sekali. Tidak pernah rasanya dia berada di tempat sebegitu rupa.
Jasmine berlari-lari di kawasan tersebut, ianya sebuah taman yang bernama “Taman
Perisa Cinta”.
Taman tersebut mempunyai daya tarikan yang menyebabkan kaki
Jasmine melangkah dengan sendirinya. Jasmine tertarik melihat buaian yang
disediakan di taman tersebut. Buaian itu hanya di gantung di sebuah pokok yang
sangat besar, talinya pula di lingkari dengan bunga-bunga yang beraneka warna.
Tidak pernah dia melihat buaian tersebut sebelum ini. Jasmine duduk di buaian
tersebut sambil mengayunkannya. Jasmine melihat kelibat seorang lelaki
disebalik bunga-bunga yang ada di taman tersebut. Wajah lelaki itu seperti
pernah di jumpainya sebelum ini, tetapi Jasmine lupa akan lelaki tersebut. Lelaki itu berlari-lari anak di sekitar taman tersebut. Jasmine cuba untuk mengejar
lelaki tersebut namun kakinya tersandung lalu terjatuh. Kedebukkk !
“Aduh! Sakitnya pinggang aku.” Jasmine terbangun dari mimpinya.
Dia tertidur ketika asyik melihat awan di langit. Kedengarang bunyi tawa dua
orang lelaki yang memang sudah tidak asing lagi. Jasmine menjeling kedua-dua
abangntya.
“Aku jatuh ni bukannya nak
tolong. Diorang tolong ketawa tu lagi ada. Menyampah betul!” omel Jasmine
dalam hati.
“Adik, tak baik tau mengumpat dalam hati. Baik cakap terus terang
je.” Brian dan Adrian menghampiri adiknya.
“Korang berdua tu yang gelak kat adik ni kenapa? Lucu sangat ke?
Bukannya nak hulurkan bantuan, tengok aje.” Jasmine berdiri sambil
mengipas-ngipas seluarnya.
“Adik berangan jumpa putera dari negeri mana tadi tu?” Adrian
sengaja ingin menyakat adiknya.
“Banyak la Ash punya putera raja. Mana adik berangan. Adik
terlelap sekejap tadi tu, entah kenapa tiba-tiba pulak adik boleh jatuh.”
Jasmine menyembunyikan mimpinya daripada abang-abangnya kerana takut akan di
ketawakan oleh Adrian dan Brian.
“Ash, aku rasa kan ada orang tu tengah menipu la sekarang ni. Sebab
masa dia tidur tadi dia dok senyum sorang-sorang. Macam orang dah dilamun cinta
tu.” Brian dengan Adrian ketawa terbahak-bahak.
Cis !
Kantoi pulak. Monyet berdua ni pernah jadi ‘FBI’ ke dulu. Nampak sangat ke aku
tengah syok tadi tu. Mak aii! Malunya.. mana aku nak letak muka ni. One two three, action! Jasmine memulakan
lakonannya yang tidak profesional itu.
“Ehh, betul ke? Adik tak perasan pun yang adik ada senyum-senyum
tadi. Jass tidur macam biasa je. Ke korang berdua ni yang sengaja nak mereka
cerita?” Jasmine merenung mereka berdua dengan curiga yang di buat-buat.
“Tak payah nak berlakon. Eian tahu la taktik adik ni. Nak cover la
tu kan?” Brian mengangkat-angkat keningnya sambil ketawa melihat adiknya.
“Ha’ah. Muka adik tu nampak sangat tadi. Lakonan adik belum cukup
mantap lagi. Kalau Ash jadi director, tak jadi Ash nak ambik adik berlakon.”
Serentak dengan itu mereka bertiga ketawa.
“Dah la. Malas nak layan korang berdua ni. Nakal sangat, sampai
monyet pun kalah.” Jasmine terus meninggalkan abang-abangnya. Adrian dan Brian
memandang sesama sendiri.
“Kau tu la yang monyet.” Adrian menunjuk kearah Brian.
“Apesal aku pulak? Kau tu la yang monyet. Jari kau tu satu je yang
tunjuk aku, yang empat lagi tu semua menghadap kat kau.” Giliran Brian pula
meninggalkan Adrian.
Adrian menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia kemudian
memikirkan maksud Brian tadi. Setelah mengerti, ketawa Adrian berderai.
“Wei ! Jass cakap tadi “korang” la. Maksudnya aku dan kau. Fair and square la tu.” Adrian memekik
sambil mengejar Brian. Brian cepat-cepat berlari meninggalkan Adrian di
belakang.
“Jangan kejar aku lagi la. Kau tu memang sah-sah monyet. Kau tu
nakal sangat dan suka menyakat.” Brian menghentikan langkahnya sebaik sahaja
tiba diruang tamu rumahnya.
Mereka berdua berehat di ruang tamu tersebut sambil menonton
televisyen. Suasana menjadi sunyi buat seketika. Masing-masing ingin melepaskan
lelah dahulu sebelum memulakan bicara. Brian melangkah ke dapur untuk mengambil
dua gelas jus oren dan dibawa ke ruang tamu. Dihulurnya segelas jus oren kepada
Adrian. Seteguk demi seteguk jus itu dihirup untuk membasahkan tekak.
Masing-masing sedang menikmati keenakkan jus oren tersebut.
“Eian, kau tahu tak yang adik dah break up dengan Danish? Adrian memulakan bicaranya.
“Ehh, betul ke ni? Aku tak tahu pun pasal hal ni. Adik tak cerita
apa-apa pun.” Brian sedikit terkejut dengan berita yang baru sahaja disampaikan
oleh abangnya itu.
“Aku baru tahu hal ni semalam, tapi aku perasan hal ni dari minggu
lepas lagi. Dah lama jugak la diorang dah putus. Adik baru confess kat aku semalam.” Adrian mengalihkan pandangannya ke kaca
televisyen. Fikirannya kosong ketika itu.
“Confession of the broken
heart ke? Apa yang Jass cerita kat kau? Kenapa tak ajak aku join conversation korang malam tadi. Tak
syok la korang ni.” Brian berpura-pura menumbuk sofa tanda dia sedang protes.
“Senggal la kau ni. Masa tu kau dah tidur, macam mana la nak ajak
kau ikut sekali. Lagipun masa tu secara tak sengaja aku terrrrrr lihat si Jass
tengah menangis sorang-sorang. Aku pun pergi jenguk sekejap la. Jass cakap yang
Danish curang dengan dia. Mungkin dia tengok si bongok tu jalan dengan
perempuan lain kot.” Adrian melihat sekeliling kerana khuatir akan kehadiran
adik perempuannya.
“What?! This is too much!
Dulu bukan main lagi minta tolong kat kita untuk pikat adik kita tu. Sekarang
ni habuk pun takda.” Brian menggelengkan tangannya dan mengalihkan pandangannya
ke Adrian.
“So, apa rancangan kau ?
Nak pergi serang ke macam mana?” giliran Adrian pula memandang wajah adiknya.
“Kita jumpa dia dulu dan cakap apa yang patut. Lepas tu buat aje
la apa yang patut.”
“Okay. Tapi jangan cakap
apa-apa kat Jass. Nanti dia marah pulak.” Adrian memberi amaran kepada Brian.
“Okay. Hal tu kau jangan
risau. Adik takkan tahu punya. Dah la, aku gerak dulu. Apa-apa nanti kau text aku.” Brian melangkah ke biliknya
untuk menukar pakaian lalu melangkah keluar dari rumahnya. Niat di hati ingin
bertemu dengan sang kekasih.
Adrian hanya memandang skrin televisyen tanpa minat. Otaknya
sedang ligat memikirkan sesuatu. Sesuatu yang akan membuat Danish menyesal
suatu hari nanti.Tunggu kau Danish! Jangan harap aku akan lepaskan kau
senang-senang. Kau tengok la nanti. Desis Adrian.
Adrian menutup suis televisyen dan terus ke meninggalkan ruang
tamu. Dia terus menuju ke biliknya untuk merehatkan badannya. Kepalanya pening
memikirkan perihal adik perempuannya.

No comments:
Post a Comment