Bab 1
“Argh! Tak guna you Danish
! Sampai hati you buat I macam ni. I tak sangka yang you sanggup curang dengan
I”. Jasmine menjerit tatkala melihat Danish bersama dengan wanita lain di
ranjangnya.
“Dasar jantan tak
guna!” Pangg! Jasmine menampar pipi
Danish dengan sekuat hati nya. Segala kemarahan dilepaskan sekuat hati. Jasmine
memukul dada Danish dengan sekuat hati.
Perempuan yang bersama dengan Danish juga mendapat tempiasnya. Jasmine menghalaunya
dari apartment Danish.
“Jass. I tak
bermaksud pun nak curang dengan you. Dengar dulu penjelasan I. I sayang sangat
kat you. I was drunk last night and I
don’t even know that girl. Please Jass,
I’m begging you. Apa yang you lihat ni tak seperti apa yang you sangka.”
Rayu Danish kepada Jasmine. Danish berharap agar Jasmine akan memberinya
peluang kedua.
“You ingat I ni bodoh? Nak percaya dengan semua cerita yang
you reka tadi tu. Hey! Come on la. I bukan budak-budak lagi la yang you boleh
bodohkan dengan sesuka hati you.
I’m old
enough to know which is true or not. You jangan nak tipu I dengan mengaku
diri tu mabuk. Kalau you tak kenal perempuan tu macam mana you dengan dia boleh
tidur sama. Nonsense!
I takkan percaya Danish. Lepas ni you tak payah nak cari
I lagi. I tak nak tengok muka you lagi.
Kita putus!”Itulah kata terakhir yang diucapkan oleh Jasmine sebelum keluar
meninggalkan apartment Danish.
Danish bagaikan tak
percaya dengan apa yang baru sahaja dikatakan oleh Jasmine. Kemudian Danish
berlari ke tempat parking kereta
untuk mengejar Jasmine tetapi tidak berjaya kerana Jasmine terlebih dahulu
meninggalkannya.
“Jass! I tahu you takkan sanggup hidup tanpa I disisi you. I
tahu you akan kembali semula kepada I.” Danish menjerit sambil tersenyum
keseorangan. Danish yakin Jasmine akan kembali kepadanya setelah rajuk
kekasihnya itu selesai.
Jasmine Andrea Hudson bagaikan tidak percaya dengan apa yang
dia lihat sebentar tadi. Kecurangan yang dilakukan oleh Danish Danielle
dilihatnya dengan mata kepalanya sendiri sungguh menyayat hatinya. Lelaki yang
sangat dicintainya itu sanggup menduakan cinta yang telah mereka bina hampir
tiga tahun. Janji-janji Danish dulu kini hanya tinggal kenangan. Jasmine memberhentikan
kereta Volkswagen unggunya di tepi jalan. Jasmine ingin menanggis dengan
sepuas-puasnya dan melepaskan semua amarah yang terbuku dihati. Segala
memorinya bersama dengan Danish berputar kembali di dalam mindanya bagaikan
ditayang semula. Jasmine menghentakkan stereng keretanya. “Jahanam kau Danish!
Pergi kau dari hidupku. Aku tak perlukan kau lagi. Kau memang lelaki tak
guna!!” Jasmine menjerit sendiri di dalam keretanya. Usai menanggis, Jasmine berdoa
supaya diberikan kekuatan dan akal yang waras supaya dapat meneruskan
hari-harinya tanpa Danish disisinya. Jasmine meneruskan semula perjalanannya.
Selamat tinggal Danish!
Dress labuh unggu yang tersarung dibadan hanya dipandang sepi oleh Jasmine.
Jasmine nampak sungguh ayu sekali dengan baju gaun tersebut tetapi mukanya agak
pucat akibat menanggis semalaman. Jasmine mengenakan sedikit solekan yang cukup
ringkas agar tidak kelihatan wajahnya yang kurang bermaya. Dicalit dengan
pewarna mulut yang berwarna merah jambu. Kemudian Jasmine melihat dirinya
dihadapan cermin untuk memberi sentuhan
terakhir pada wajahnya. “Sempurna!” omel Jasmine sendirian. Usai bersiap, Jasmine
turun untuk bersarapan bersama dengan ahli keluarganya.
“Good morning papa,
mama”. Jasmine menyapa papa dan mamanya kemudian mencium pipi mamanya.
“Good morning”. Chriss
Hudson dan Vanessa Amylia serentak menyapa anak bongsu kesayangan mereka sambil
tersenyum.
“Sedapnye bau ! Mihun goreng masakan mama ke? Jasmine tersenyum
sambil memandang ibunya.
“Ye la. Nak harapkan Jass yang masak kirim salam aje la..
Sampai malam pun tak makan la gamatnya”
“Mama ni.. Tak baik tau. Nanti Jass betul-betul tak pandai
memasak kang mama jugak yang susah.” Jass segera menceduk mihun ke pinggannya. Vanessa
hanya tersenyum melihat telatah anaknya itu.
“Awal Jass bangun hari ni? Selalunya anak papa ni dekat
tengah hari baru nampak batang hidungnya.” Chriss Hudson tersenyum melihat
anaknya.
“Ala.. papa ni. Jass bangun awal pun salah ke?? Kalau bangun
lambat nanti papa bising, bangun awal pun papa nak bising jugak.Dulu tu lain
papa, sekarang dah lain. Jass sekarang ni selalu bangun awal. Papa je yang tak
perasan.”
Chriss Hudson ketawa
selepas mendengar jawapan yang diberikan oleh Jasmine sebentar tadi.
“Betul ke? Macam mana papa boleh tak perasan pulak? Kita kan
duduk satu rumah. Rumah kita ni pun bukan la besar sangat sampai tak
bertembung.” Omel Chriss Hudson kehairanan.
“Papa betul-betul nak tahu kenapa ke?"
“Ye la. Ada pulak Jass tanya macam tu lagi.”
“Sebab masa Jass bangun tu papa dah pergi office. Hujung
minggu macam ni boleh la kita bersua muka papa. Hehe!”
“Pandai la anak papa ni nak kenakan papa.” Chriss Hudson mencuit hidung anaknya. Jasmine hanya ketawa
melihat papanya.
“Dah la tu. Papa dengan Jass jangan nak bergurau lagi. Cepat
habiskan mihun tu. Penat-penat mama masak tau. Papa tambah la lagi. Tak payah
nak diet-diet. Mama sorang je yang nak kat papa tau.” Vanessa sempat mengusik suaminya.
“Aihh.. ni tak boleh jadi ni. Jass tengok la mama Jass tu.
Ada ke patut mama cakap macam tu dengan papa. Mama je yang tak tahu hal sebenar
nya. Banyak sangat orang nakkan papa. Cuma papa je yang tak nak layan.”
Jasmine tersenyum melihat gelagat ibu bapanya. Walaupun
mereka telah berusia, tetapi perasaan cinta diantara mereka berdua tidak pernah
padam. Jasmine bersyukur kerana dilahirkan dalam keluarga yang bahagia. Ayahnya
bekerja di hotel yang dibangunkannya selama sepuluh tahun yang lalu. Ibunya
pula hanya seorang suri rumah.
“Abang Ash dan Eian mana mama? Tak nampak batang hidung pun?
Belum bangun lagi ke?” Tanya Jasmine yang baru saja perasan dengan kekurangan
ahli keluarganya. Jass mencari kelibat dua orang abangnya iaitu Adrian Ashley
Hudson dan Brian Arthur Hudson yang tidak muncul-muncul dari tadi.
“Diorang pergi jogging
tadi. Belum balik lagi. Tak lama lagi sampai la tu.”
“Ye ke? Jogging tak
ajak Jass pun. Jahat la diorang tu.”
“Jass bangun lambat mana la nak ajak Jass. Nanti kalau orang
kacau Jass tidur, Jass bising pulak.” Chriss Hudson pula menjawab Jass. Jass
hanya tersenyum.
Betul jugak cakap papa tu. Aku bangun lambat mana sempat
dioarang nak ajak jogging. Takpe lah.
Lain kali aku join korang. Jass bermonolog
sendiri.
“Mama,papa. Jass ingat nak keluar la lepas ni. Jass nak
jalan-jalan dekat The Spring. Boleh ke?”
“Jass nak pergi dengan siapa?” Tanya Chriss Hudson.
“Jass nak pergi dengan Ivinie. Kita orang dah janji nak
jumpa hari ni.”
“Okay. Jalan tu
elok-elok. Kalau ada apa-apa call
mama dan papa tau.” Chriss Hudson memberi kebenaran untuk anaknya itu.
“Okay. Thanks papa.
Bye mama, papa..” Jass mencium pipi
mama dan papanya.
“Okay. Bye sayang.”
Jawab Chriss Hudson dan Vanessa Amylia serentak. Jasmine meninggalkan kedua
orang tuanya dan dalam beberapa minit sahaja kereta Volkswagen unggunya memulakan
perjalanan ke The Spring.
P/S: Akan bersambung. :)

No comments:
Post a Comment