Saturday, 12 May 2012

Hatiku Milikmu 8


Bab 8


“Kenapa dengan you all ni? Kerja makan gaji buta ke? Kenapa stok baju yang saya minta tu masih belum sampai lagi?! Macam mana boleh jadi macam ni?” 
Danish menghempaskan fail-fail diatas mejanya. Sudah seminggu tempahan tersebut lambat sampai. Danish menjadi benggang apabila perniagaannya sedikit terganggu dengan kelewatan penghataran stok-stok pakaian yang ditempah olehnya.

“Maaf bos. Saya dah semak semua barang yang kita nak tempah tu.Kod untuk baju-baju tu pun betul.Kita orang dah cuba untuk menghubungi agensi pakaian tersebut tetapi gagal.Mungkin ada masalah dengan pengangkutan.” Bethany memberanikan diri untuk menjawab pertanyaan majikannya itu.

“Kalau dah tahu gagal nak hubungi tu kenapa tak cakap awal-awal dengan saya? Boleh la saya suruh kamu buat tempahan yang baru.”
“Masa tu bos tak ada kat pejabat. Puas saya cuba telefon tapi tak dapat. Masa tu saya ingat nak buat tempahan stok baju tersebut kat agensi yang lain tapi saya kena dapatkan persetujuan daripada bos dulu.”

“Okay. Kalau macam tu saya nak awak buat tempahan tersebut. Pastikan agensi tersebut membuat penghantaran tepat pada waktu yang dijanjikan. Kalau ada apa-apa maklumat, maklumkan pada saya dengan segera.”

Bethany segera meninggalkan pejabat majikannya. Kemarahan Danish sedikit reda apabila menyedari salahnya juga tidak masuk ke pejabat beberapa hari yang lalu. Danish menjalankan perniagaan menjual pakaian wanita dan lelaki. Perniagaannya mendapat sambutan oleh pengguna sejak beberapa tahun yang lalu sehinggalah Danish berhasil untuk membuka beberapa cawangan.

“Beth. Kenapa dengan bos tu? Angin tak tentu pasal.” Tanya Linda sebaik sahaja Bethany keluar dari pejabat Danish.
“Stok pakaian yang dia tempeh hari tu tak sampai-sampai lagi. Lewat seminggu dari tarikh yang dijanjikan. Tu yang dia mengamuk sakan.” Bethany mengambil cawannya yang berisi dengan air kopi itu lalu menghirupnya.

“Ooo.. Siapa suruh dia tak masuk pejabat minggu yang lalu. Sekarang ni nak marah-marahkan kau pulak.”
“Dia tu bos kita. Dia nak masuk pejabat atau tak nak tu hak dia. Kita ni cuma pekerja aje.”
“Aku tahu la. Tapi jangan la sesedap dia aje nak turun kerja atau tak nak. Lingkup business nanti dia yang putih mata.”

“Takde makne nya dia nak putih mata. Harta bapak dia tu tak habis pun sampai tujuh keturunan. Lagi-lagi dia tu anak tunggal. Tak payah nak kerja pun masih boleh makan.”
“Kaya-kaya pun kalau perangai dah macam tenuk tu takde guna jugak.” Linda dan Bethany sama-sama ketawa. Tidak lama kemudian Danish keluar dari pejabatnya. Linda dan Bethany menjadi kaku apabila melihat Danish menuju ke arah mereka.

“Beth. Make sure awak tempeh stok pakaian tu. By next week, pakaian-pakaian tu mesti dah tergantung kat bahagian depan butik ni.” Danish memberikan arahan dan keluar untuk pergi ke kedainya yang lain.
“Tahu takut. Tadi macam apa kau kutuk bos kita tu. Dah depan mata kaku macam tiang elektrik.” Bethany mengejek Linda.

“Kalau aku kutuk depan-depan alamatnya tak makan la aku bulan ni.” Mereka sama-sama ketawa. Linda segera pergi ke bahagian depan apabila ada pelanggan yang datang ke kedai mereka, Bethany pula membuat tempahan.

“Selamat datang ke ‘The Buddy’s Shop’.” Linda menyapa seorang wanita yang masuk ke kedai tersebut.
Wanita tersebut hanya tersenyum memandang Linda. Dia membelek satu persatu pakaian yang ada di kedai tersebut.Di ambilnya dress labuh bewarna merah itu dan dibawa ke bilik persalinan. Kemudian dia keluar sambil berjalan seperti seorang model. Linda hanya memerhatikan sahaja tingkah laku wanita tersebut.

“Apa pendapat awak tentang dress ni?” Tanya Chloe kepada Linda.
“Maafkan saya, cik?”
“Just call me Chloe.”
“Bagi saya baju ni memang sesuai dengan tubuh badan Cik Chloe yang ramping tu. Disamping itu, warnanya juga sesuai kerana cik memiliki kulit yang kuning langsat.”
“Saya sukakan sesuatu yang nampak feminin tetapi a little bit wild bila dipakai.” Chloe melihat dirinya dihadapan cermin. Baju itu tidak menarik minatnya.

“Kalau macam tu saya akan ambil baju yang lain untuk cik cuba.” Linda segera meninggalkan Chloe dan mencari pakaian yang sesuai untuk wanita tersebut.
Tidak lama kemudian Linda muncul dengan membawa dress singkat bercorakkan bulu harimau bintang. Chloe segera menukarkan pakaiannya dengan dress singkat tersebut kemudian keluar sambil mengayakan baju tersebut.

“Baju ni direka khas oleh pemilik kedai ‘The Buddy’s Shop’. Potongan berbentuk ‘m’ dibahagian dada ni menunjukkan passion.” Linda menerangkan serba sedikit mengenai baju tersebut.
“Ooo.. I see. Baju ni ada lagi ke?”
“Nope. Baju ni special edition. Hanya satu saja yang ada di butik ni.”

Well. Sounds interesting. I’ll take it.” Chloe menukar semula pakaiannya dan membuat pembayaran. Beberapa keping Rm 50 dikeluarkan untuk membayar baju tersebut. Selesai membuat pembayaran, Chloe meninggalkan kedai tersebut.

“Siapa tu tadi Linda?” Sapa Bethany.
“Custumer la. Siapa lagi.” Linda sibuk menyusun baju-baju di butik itu.
“Ooo.. Dia beli baju yang mana satu? Jadi ke dia beli dress warna merah tu?”
“Tak jadi. Dia tak suka dengan baju tu. Dia beli baju yang bos kita reka sendiri tu.”

“Melepas la peluang kau nak beli baju tu kan? Hehehe” Bethany mentertawakan kawan sekerjanya itu.
“Nak buat macam mana. Dah nasib badan.” Linda juga turut ketawa dengan Bethany.
“Ehh. Jom la kita pergi lunch. Perut aku dah buat konsert ni. Lapar derr..” Bethany mengajak Linda.
“Aku tak perasan pulak yang dah masuk waktu makan tengah hari ni. Jom la. Aku pun lapar jugak.”
Mereka bersama-sama beriringan keluar dari butik tersebut dan makan di kedai yang berdekatan. 

P/S: Akan bersambung... :)

No comments:

Post a Comment