Thursday, 10 May 2012

Hatiku Milikmu 3


Bab 3

“Mama, Jass mana ma? Ash tak nampak pun dia dari petang semalam?” Adrian bertanyakan mengenai adik perempuannya.
“Jass ada dalam bilik dia. Mama pun tak tahu apa yang dia buat dari petang semalam. Papa cakap Jass tengah sibuk kemas semua barang dia.” Vanessa Amylia masih tekun membaca majalah yang baru dibelinya semalam.

“Ooo.. Patut la Ash macam tak jumpa dia. Rupa-rupanya Jass ada dalam bilik. Kalau macam tu Ash pergi jumpa Jass dulu la mama. Ash nak bagi Jass rantai ni.” Adrian menunjukkan rantai silver yang dibuat khas untuk adiknya. Nama Jasmine terukir cantik sekali pada rantai tersebut. Adrian memang gemar membelikan barang untuk adik perempuannya itu apabila berjalan dengan kawan-kawannya.

“Cantiknya. Pandai anak mama ni pilih. Untuk Jass aje ke? Mama punya takde ke?” Vanessa kagum dengan cita rasa anak sulungnya itu. Memang cantik rantai itu. Desis Vanessa.
“Mama punya lain kali la Ash beli. Lagi cantik dari yang ni. Okay mama?” Adrian mencium pipi mamanya sebelum berlalu ke bilik Jasmine. Vanessa Amylia hanya menghantar anaknya dengan pandangan matanya yang cantik itu.

Adrian mengetuk pintu bilik Jasmine. Jasmine memberi kebenaran untuknya masuk ke bilik tersebut. Memang mereka sudah dididik sejak dari kecil lagi harus mengetuk pintu bilik seseorang sebelum masuk ke dalam bilik tersebut. Adrian melangkah masuk ke dalam bilik adiknya. Adrian dapat melihat kelainan bilik tersebut. Bilik tersebut kelihatan lebih luas dari sebelumnya. Bingkai gambar juga telah berkurangan. Terdapat empat kotak yang dilonggokkan di salah satu sudut bilik Jasmine. Adrian tidak faham dengan perubahan yang dilakukan oleh adiknya itu
.
“Abang Ash tengok apa? Macam tak pernah masuk bilik Jass je.” Jasmine hairan melihat abangnya yang kelihatan seperti baru pertama kali masuk ke biliknya.

“Ehh. Tak ada la. Abang Ash cuma rasa janggal sikit. Bilik adik ni nampak luas semacam je. Dinding pun macam lain je. Dulu kan semak sangat dengan bingkai gambar adik. Mana pergi semua gambar adik dengan Danish? Adik dah bosan tengok muka Danish hari-hari ke?” Adrian sengaja ingin menyakat Jasmine.

“Takde makne nak bosan-bosan la. Adik nak bakar semua gambar adik dengan dia.” Jasmine masih sibuk mengemas barang-barang miliknya. 
Kotak-kotak yang digunakan untuk menyimpan barang-barang tersebut di letakkan di salah satu sudut bilik Jasmine. Baju yang baru dibelinya dikeluarkan dari plastic dan di tunjukkan kepada abangnya. Lagaknya seperti seorang model. Adrian hanya ketawa melihat gelagat Jasmine. Adrian masih tertanya-tanya dengan persoalan mengenai hubungan adiknya dengan Danish. Tetapi Adrian tidak mahu menanyakan hal itu terlebih dahulu kerana dia tahu adiknya pasti akan bercerita dengannya dan juga Brian apabila sudah bersedia.

“Jass. Abang Ash ada hadiah untuk adik. Nah. Adik mesti pakai tau. Abang Ash buat khas untuk adik Jass tersayang.” Adrian menghulurkan rantai kepada Jasmine. Jasmine terpegun melihat rantai tersebut.
“Abang Ash! Cantiknya. Thanks honey. Sayang abang sangat-sangat.” Jasmine memeluk abangnya dengan senang hati.

“Jass cuma sayang abang Ash kalau dapat hadiah je kan?” Adrian mencuit hidung Jasmine sehingga menyebabkan Jasmine terjerit kecil.
“Tahu takpe. Hehe! Memang sayang dari dulu lagi la. Mana abang Ash buat rantai ni? Mahal ke?”
“Mana boleh cakap abang Ash buat kat mana. Rahsia la. Kalau murah Jass tak nak pakai ke?” Adrian memandang adiknya.

“Tak nak. Adik nak pakai yang mahal je.” Jasmine sengaja menyakat abangnya itu.
“Sombongnye adik abang ni. Nak pakai yang mahal konon. Kerja pun belum lagi. Jangan nak memilh sangat. Abang tarik balik rantai tu kang adik yang menyesal. Bagi kat mama je lagi bagus.” Adrian pura-pura mengancam adiknya.
“Abang Ash mana boleh buat macam tu. Rantai ni abang Ash dah bagi kat Jass. Mana boleh bagi kat mama.” Jasmine menggenggam erat rantai miliknya itu.

“Siapa cakap abang Ash tak boleh nak ambil balik? Abang Ash yang beli. Bukan adik yang beli.”
“Memang tak boleh sebab rantai ni ada nama adik. So abang Ash tak boleh nak bagi kat orang lain termasuk mama.” Jasmine ketawa senang hati apabila berjaya mengalahkan abangnya itu. Adrian menepuk dahinya kerana dia terlupa yang rantai tersebut ada nama adiknya.

“Alamak! Macam mana abang Ash boleh terlupa pulak.” Adrian berlari mengejar adiknya. Suara tawa mereka berdua menghiasi rumah agam milik keluarga mereka. Vanessa yang menangkap bunyi suara anak-anaknya hanya tersenyum sahaja. Dia bahagia kerana anak-anaknya dapat menjalinkan hubungan dengan baik.

“Mama. Tengok abang Ash ni. Kejar Jass macam budak-budak.” Jasmine bersembunyi di belakang ibunnya.
“Jass tu memang mengada-ngada. Tahu pun takut, siap sembunyi kat belakang mama pulak tu.” Adrian berhenti mengejar Jasmine setelah keletihan.
“Abang Ash dah tua, tak larat nak main kejar-kejar dengan Jass lagi.” Mereka berdua duduk sambil menikmati air sirap yang dibuat oleh ibu mereka.

“Siapa cakap abang Ash dah tua? Masih muda lagi la. Handsome pulak tu. Adik patut bangga sebab ada abang macam abang Ash ni tau.”
“Jangan nak perasan sangat. Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.” Jasmine hanya ketawa melihat reaksi muka abangnya.
“Dah la. Malas nak layan adik lagi.” Adrian bangun dan ingin meninggalkan adiknya tetapi Jasmine menghalang perbuatan abangnya itu.

“Abang Ash nak jalan pergi mana? Jumpa girlfriend ke?” Jasmine mengusik abangnya.
“Adik sibuk buat apa. Suka hati abang Ash la nak jalan pergi mana.”
“Jass nak ikut!” Jasmine segera bangun ingin mengikuti abangnya.
“Ehh. Kenapa pulak adik nak ikut? Abang Ash tak ajak pun. Lagipun abang Ash nak keluar dengan member lama la. Semuanya kaum Adam. Adik duduk rumah aje tolong mama apa yang patut. Okay? Bye. Abang Ash pergi dulu. Cakap dengan mama yang abang Ash keluar kejap. Balik malam sikit kut.” 
Adrian meninggalkan adiknya sendirian di halaman rumah. Jasmine masih lagi terpinga-pinga.

“Kalau lewat sangat abang Ash tidur je kat tempat parking kereta.” Jasmine segera masuk ke dalam rumah untuk menolong ibunya.
“Mama!” sapaan Jasmine yang nyaring itu telah mengejutkan ibunya yang sedang leka memasak.
“Jasmine ni suka sangat kejutkan mama. Nasib baik mama tak ada masalah jantung. Lain kali jangan buat macam tu. Kalau mama pegang pisau tadi lagi bahaya. Kut-kut mama dah tercucuk Jass tau.” Bebelan Vanessa itu hanya disambut dengan gelak tawa Jasmine.

“Hehe! Sorry la mama. Jass tak bermaksud nak buat mama terkejut. Jass datang ni nak tolong mama apa yang patut.” Jasmine lincah sahaja mengemas barang-barang yang terdapat di dapur mereka.
“Bagus sangat la tu. Jass tolong mama cuci semua peralatan dan pinggan yang ada kat singki tu.” Vanessa menunjukkan longgokkan pinggan mangkuk serta peralatan yang digunanya ketika memasak tadi. Jasmine melopong melihat singki tersebut yang penuh.

“Banyaknya mama. Jass kena buat sorang diri ke?” jasmine memerhati longokkan pinggan tersebut sambil menelan air liur.
“Ha’ah. Jasmine kena buat seorang diri. Tadi nak sangat tolong mama kan. Cuci la semua tu. Mama nak mandi kejap.” Vanessa kemudian meninggalkan Jasmine seorang diri di dapur tersebut.
“ Cuci pun cuci la. Apa boleh buat, nasib badan.” Jasmine bercakap seorang diri. Dia mencuci pinggan-pinggan sambil bernyanyi. Suasana yang sunyi mengajak dirinya untuk menendangkan lagu Patah seribu- Shila Amzah.

Walau kau tiada disini ku tetap ingat semua pesanmu
Ku hidup seolah-olah kau masih ada bisikan kata kepada ku
Bilakah kau akan utuskan surat buatku
Aku terus menunggu tibanya kata cintamu
Pata seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi.

“Amboi.. Jiwang sungguh adik Eian ni. Basuh pinggan pun nak jiwang-jiwang ke?” Brian menegur adiknya sebaik sahaja dia perasan yang Jasmine berada di dapur. Jarang sekali dia melihat adiknya itu ke dapur.
“Bukan jiwang la. Jass memang suka lagu tu pun. Kat dapur ni sunyi sebab tu la adik bernyanyi.” Jasmine masih lagi dengan tugasnya yang diberikan oleh ibunya tadi.

“Memang la sunyi. Kalau pasang muzik kat dapur ni, nanti makanan yang mama atau adik masak tu akan hangus sebab sibuk sangat nak bernyanyi. Suara adik sumbang la. Tak sedap.”
“Sumbang ke sumbing ke suara adik jugak. Lagipun suara bukannya boleh dimakan abang Eian oi. Tak sedap konon. Suara abang Eian lagi sumbang la.

“Siapa cakap suara abang Eian sumbang. Suara abang Eian lagi best dari suara adik.” Ada senyuman halus di bibir Brian menambahkan lagi ketampanan wajahnya.
“Ya la tu. Cuba nyanyi sikit. Adik nak jugak dengar suara abang Eian yang kononnya best tu.” Jasmine memberhentikan kerjanya buat seketika dan memandang kearah abangnya.
“Tak nak la. Kalau abang Eian nyanyi nanti kerja adik tu tak siap sebab seronok sangat dengar suara abang Eian ni.”

Jasmine bercekak pinggang melihat gelagat Brian serentak dengan itu kedengaran tawa dari Brian dan juga Jasmine. Brian kemudiannya menolong adiknya menyiapkan kerja di dapur. Walaupun Brian seorang lelaki namun dia gemar untuk membantu mama dan adiknya di dapur. Beliau juga amat gemar dalam bidang masakan dan merancang untuk membuka sebuah restoran.  

Brian bersiul mengikut rentak  lagu count on me-Bruno Mars. Lagu tersebut merupakan lagu kegemaran mereka bertiga kerana mereka merasakan hubungan mereka seperti kawan rapat dan juga adik beradik. Ada kalanya perempuan-perempuan yang berminat dengan abang-abang Jasmine menjadi  salah faham dengan hubungan mereka adik beradik. Mereka akan berfikir yang Jasmine teman wanita kepada Adrian dan Brian. Kesempatan itu juga digunakan oleh Adrian dan Brian untuk menghindarkan diri dari perempuan-perempuan yang sentiasa mengejar mereka.

Brian mengeluarkan telefon bimbitnya dan memainkan lagu kegemaran merekan. Dia mengambil senduk kayu milik ibunya untuk dijadikan sebagai mikrofon lalu memulakan lagu count on me. Lagaknya memang seperti seorang penyanyi profesional.

“If you ever found yourself stuck in the middle of the sea
I sail the world to find you.”
Brian menunjukkan senduk kayu tersebut kearah Jasmine untuk menyambung lagu tersebut.

If you ever found yourself lost in the dark and you can’t see, I’ll be light to guide you.” Jasmine dan Brian mula menari mengikut rentak lagu tersebut dengan gembira sekali. Serentak dengan itu mereka menyanyikan lagu tersebut bersama-sama
.
“Find out what we made of when we are call to help our friends in need. You can count on me like one two three I’ll be there and I know when I need it I can count on you like four three two and you’r be there cause that what friends are supposed to do oo yeah..!”

“If you tossed and then you turn and then you just can’t fall asleep. I sing a song beside you. And if you ever forget how much you really mean to me, everyday I will remind you. Find out what we made of when we are call to help our friends in need. You can count on me like one two three I’ll be there and I know when I need it I can count on you like four three two and you’r be there cause that what friend are suppose to do oo yeah..”

“You always have my shoulder when you cry.. I’ll never let go never say goodbye.. You can count on me like one two three I’ll be there and I know when I need it I can count on you like four three two and you’r be there cause that what friend are suppose to do oo yeah. You can count on me cause I can count on you.”

Setelah selesai menyanyikan lagu tersebut ketawa mereka berdua memenuhi ruang dapur tersebut. Mereka berdua bertepuk tangan kerana berjaya menyanyikan lagu tersebut dengan baik sekali. Ibu mereka yang dari tadi memerhatikan gelagat abak-abaknya itu juga turut bertepuk tangan . Chriss Hudson pula hanya menggeleng kepala melihat aksi anaknya itu.

“Apa macam mama, papa? Boleh tahan tak?” tanya Jasmine kepada ibu bapanya.
“Papa bagi kamu tujuh per sepuluh aje la.” Lantas Chriss dan Vanessa ketawa sesama sendiri. Brian pula hanya menggarukan kepalanya yang tidak gatal itu dan Jasmine hanya memandang dengan penuh hairan.
“Kenapa tujuh aje papa? Kenapa tak bagi sepuluh per sepuluh? Kan kita orang nyanyi dengan penuh semangat tadi. Siap dengan tarian lagi tu.”

“Sebab Jass dan Eian nyanyi kat dapur. Mana boleh bagi sepuluh markah. Agak-agak la.” 
Sebentar kemudian hanya gelak ketawa mereka sahaja yang kedengaran. Riuh rendah suasana rumah agam milik Chriss Hudson itu. Mereka kemudian berkumpul di meja makan untuk menikmati makan malam. Adrian pula masih lagi berjumpa dengan kawan lamanya.

P/S: Akan bersambung... :)

No comments:

Post a Comment