Thursday, 10 May 2012

Hatiku Milikmu 7


Bab 7

Jasmine memunggah semua barang yang hendak dibuangnya. Semua kotak yang terletak disudut biliknya di angkut ke ruang tamu. Satu-persatu barang itu di angkutnya.
“Berat jugak barang-barang aku ni. Nampak macam sikit aje hari tu.” Omel Jasmine sendirian. Dengan berhati-hati Jasmine menuruni anak tangga rumahnya. Kotak tersebut kemudiannya diletakkan berhampiran dengan pintu rumah. Jasmine memerhatikan sekeliling rumahnya untuk mencari kelibat Adrian dan Brian. Jasmine menghubungi kedua abangnya untuk dibawa ke suatu tempat. Jasmine menekan punat telefon dan mencari senarai nama. Setelah lama menunggu akhirnya panggilannya dijawab juga.

“ Hello Ash. Tunggu kejap, jangan letak telefon dulu. Adik nak call Eian dulu. Kita conference call.” Jasmine kemudiannya menekan punat hold dan mencari nama Brian pada skrin telefonnya.
“Cis! Bertuah punya adik. Belum sempat aku nak cakap apa-apa dia dah letak dulu.” Adrian mengomel sendirian. Tumpuan Adrian terhadap resipi yang dikajinya itu terganggu pabila menerima panggilan daripada Jasmine. Adrian hanya membiarkan sahaja telefonnya dalam keadaan loudspeaker. Tiga minit kemudian suara Jasmine kedengaran memanggil abangnya.

“ Hello Ash.” Jasmine menyapa.
“Ha.. Apa dia?” Adrian menjawab dengan malasnya.
“Temankan adik pergi satu tempat jom.”
“Banyak Jass punya kredit siap main call kitorang lagi. Kalau banyak sangat tu share dengan Eian la.” Brian sempat pula menyindir adiknya itu.
“Ha’ah kan. Duduk satu rumah pun nak cakap guna telefon. Kalau jauh berbatu-batu tu takpe la.” Giliran Adrian pula membebel.
“Jass malas nak naik pergi bilik korang. Penat tahu tak naik dua tiga kali. Sampai nak tercabut kaki adik ni. Korang jangan nak cakap banyak. Turun cepat, ini satu arahan. Adik tunggu kat ruang tamu.” Jasmine memutuskan talian tanpa menunggu jawapan daripada kedua abangnya.

Adrian dan Brian segera menukar pakaian masing-masing lalu turun ke ruang tamu untuk bertemu dengan Jasmine. Mereka saling berpandangan sesama sendiri apabila terpandang tiga buah kotak yang diletakkan  berhampiran dengan pintu rumah mereka. Pantas saja kaki mereka melangkah menghampiri Jasmine.
“Adik nak buat apa dengan kotak-kotak ni? Nak hantar pergi mana?” Adrian masih kebingungan lagi melihat kotak yang kini berada dihadapannya.

“Jass nak bawa kotak ni pergi pantai Damai.” Jasmine tersenyum memandang Adrian dan Brian.
“Damai? Nak buat apa bawa kotak macam ni pergi Damai? Adik nak buat sale ke? Kalau adik nak pergi vacation pun takkan nak simpan baju dalam kotak kut..” Brian berasa hairan dengan jawapan yang diberikan oleh Jasmine.

Setahunya adiknya itu memang gemar pergi ke pantai dan bercuti. Walaupun hanya menginap semalam sahaja juga sudah memadai bagi Jasmine. Tetapi kali ini kotak pula yang adiknya itu nak bawa pergi ke pantai Damai. Adrian hanya menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.
“Sale tengkorak hang. Adik nak pergi buang derr.” Jasmine mengangkatkan keningnya.

“Mak aii. Jauh sangat la kalau setakat nak buang barang. Buang aje la dekat tong sampah depan rumah tu.” Adrian menunjukkan tong sampah yang berada diluar rumah mereka.
“Ishh. Mana boleh buang macam tu aje. Ni private la. Kalau Ash dan Eian tak nak temankan adik pergi dengan Vienie aje la. Senang cerita.” Jasmine terus memindahkan kotak ke bonet kereta Myvi milik ibunya.

“Ehh. Kitorang temankan adik la. Bahaya pulak kalau perempuan drive jauh-jauh macam tu. Kalau ada apa-apa nanti confirm papa siat-siat kulit kitorang.” Adrian terus membantu adiknya mengalihkan kotak tersebut ke bonet kereta. Dia tidak dapat membayangkan jika terjadi sesuatu terhadap adik nya. Simpang melaikat empat puluh empat !

“Jass dah cakap kat mama ke belum ni? Nanti tak pasal-pasal pulak mama risau sebab kita semua keluar tak cakap dengan mama?” Brian yang duduk di bahagian depan kereta itu baru teringat akan ibunya. Adrian yang hendak menghidupkan enjin keretanya menoleh ke arah Jasmine yang duduk dibahagian belakang.
“Awal lagi adik dah minta izin dekat mama. Sebelum adik call korang la.” Jasmine menyakinkan kedua abangnya.

“Kalau macam tu takpe la. Kita boleh jalan sekarang.” Brian memberikan arahan kepada Adrian. Sekejap “Sebelum kita pergi sana, boleh pergi dekat Desa wira kejap tak? Adik dah janji nak bawak Ivienie sekali.” Jasmine memandang Adrian melalui cermin hadapan kereta.
“Adik tahu ke alamat rumah dia?” Adrian masih lagi focus dengan pemanduannya.

 “Tahu. Nanti Jass call la dia kalau tak pasti dengan alamat dia.”
“Okay.” Hanya itu sahaja yang dijawab oleh Adrian. Brian kemudian memasang disc lagu penyanyi kesukaannya. Mesti la Bruna Mars!

Jasmine mengeluarkan handphone dari poket seluarnya. Dia ingin membuat satu panggilan. Di dail nya beberapa kali namun tidak berjawab. Beberapa minit kemudian dia mencuba lagi dan berharap panggilannya itu di jawab oleh Ivienie.

“Hello babe. Kau kat mana ni? Aku tengah on the way pergi rumah kau kat Desa Wira tu.”
“Hello. Aku kat rumah la sekarang ni. Jadi ke rancangan kau nak pergi Damai tu?” Ivienie yang baru saja bangun dari tidur menjadi segar apabila mendengar suara kawan baiknya itu.
“Mesti la jadi. Aku pergi ambil kau la ni. Kau bersiap sekarang. Nanti kalau nak sampai aku call lagi.”
“Okay babe. See you later.” Ivienie segera memutuskan talian  dan mandi untuk bersiap sedia.

Sepuluh minit kemudian Jasmine dan abang-abangnya sampai di perkarangan rumah milik Ivinie. Jasmine menghubungi dan keluar untuk mendapatkan kawannya itu.
“Babe. Aku dah sampai ni. Aku dekat pintu pagar rumah kau. Keluar la cepat. Tak payah bawak baju. Kita pergi kejap aje. Abang aku ada kerja esok so tak dapat nak stay kat Damai. Okay. Aku tunggu kau. Cepat keluar.” Jasmine terus memutuskan talian tanpa menunggu jawapan dari kawannya itu. Tidak sampai seminit kemudian Ivinie pun keluar dengan tergesa-gesa.

“Jass! Kau tak cakap pun yang abang kau ada ikut. Aku ingat kita berdua saja. Ni yang aku lemah sangat ni.” Ivinie mengunci pintu pagar rumahnya.
“Kenapa pulak? Aku sengaja tak nak kasi tahu. Surprise! Hehe.” Jasmine memeluk bahu Ivinie.
“Oi nenek. Banyak la kau pun surprise. Aku malu la. Tak jadi la aku nak temankan kau. Abang kau kan ada.”

“Ehh.. jangan nak mengada-ngada. Aku lasing kau kang baru tahu. Jom masuk kereta.” Jasmine segera menarik Ivinie masuk ke dalam kereta mereka. Ivinie hanya ikut sahaja dengan Jasmine, bagai lembu yang dicucuk hidungnya.
“So babe, let me introduce this two handsome guy. Yang jadi driver ni, nama dia Adrian Ashley Hudson and yang duduk kat sebelah ni pulak Brian Arthur Hudson. “ Jasmine memperkenalkan kedua abangnya kepada Ivinie. Brian menghulurkan tangan untuk bersalaman dan disambut mesra oleh Ivinie. Manakala Adrian pula hanya menganggukkan kepalanya.

 “And this little pretty girl is my BFF, Ivinie Ruth.” Jasmine memeluk erat bahu Ivinie. Ivinie berasa begitu beruntung sekali mempunyai kawan seperti Jasmine. Ivinie hanya tersenyum memandang Ivinie. Kemudian dia membalas pelukan Jasmine.
“Ohh.. Adik Jass memang selalu cerita pasal awak. Memang kawan rapat la kau orang in.” Brian tersenyum memandang Ivinie.

“Kau cakap yang baik-baik ke yang buruk-buruk pasal aku babe?” Ivinie sedikit berbisik.
No need to whispering my dear. Aku cakap yang baik-baik la. Takkan la aku nak buruk-burukkan kau.” Lantas berderai tawa Jasmine, Brian dan Adrian. Ivinie hanya tunduk tersipu malu.
“Kau ni memang sengaja kan nak kenakan aku kat abang-abang kau.” Ivinie mencubit lengan Jasmine.
“Aduhh! Sakit la wei. Jangan la main cubit-cubit. Kesian kulit aku ni tahu tak.” Jasmine mengurut-ngurut lengannya.

“Padan muka kau!” Ivinie ketawa melihat muka Jasmine yang masam mencuka.
“Eleh.. Ada lori ada bas, ada hari aku balas.” Jasmine mengenyitkan matanya kepada Ivinie.

Perjalanan menuju ke pantai Damai mengambil masa kurang dari satu jam. Adrian memandu dengan berhati-hati sekali. Jasmine dan Ivinie hanya memandang keluar tingkap. Masing-masing sedang melayan perasaan sendiri. Brian merasakan perjalanan tersebut begitu sunyi sekali. Tanpa muzik yang berkumandang ibarat kekosongan hidup yang melanda. Lantas Brian memainkan lagu Talking to the moon-Bruno Mars. 

Pantas sahaja mulutnya bernyanyi beriringan dengan muzik tersebut. Nyanyian Brian telah mengejutkan Jasmine dan Ivinie dari khayalan mereka. Jasmine menjadi sebak apabila mendengar lagu tersebut. Nyanyian abangnya itu telah membawanya kembali ke dunia lelaki yang bernama Danish Danielle. Air matanya mula mengalir satu persatu seperti mutiara yang berguguran. Jasmine dan Danish sama-sama menggemari lagu-lagu yang dinyanyikan oleh Bruno Mars.

Persamaan itu yang menyebabkan cinta muncul diantara mereka berdua. Ivinie segera memeluk Jasmine apabila dia menyedari tangisan kawannya itu. Ivinie mengesat air mata yang berada di pipi Jasmine. Brian segera menghentikan lagu tersebut. Dia berasa bersalah kerana menyebabkan adiknya itu menanggis.
 “I’m fine. Don’t worry.” . Jasmine hanya tersenyum memandang Brian dan Ivinie.

Tidak lama kemudian mereka berempat sudah sampai di destinasi yang diingini. Brian dan Adrian mengangkut semua kotak dan dibawa ke pantai yang berdekatan.
Jasmine kemudiannya membakar satu persatu barang yang ada di dalam kotak tersebut. Adrian, Brian dan Ivinie hanya menjadi pemerhati sahaja. Kemarahan Adrian semakin membuak-buak  apabila melihat keadaan adik kesayangannya itu.

Kan ku bakar semua hapuskan semua kenangan” Brian mengusik adiknya dengan lagu patah seribu. Adrian ingin menolak kepala Brian tetapi Brian sempat mengelakkan dirinya.
“Kau ni sempat jugak nak bawa lagu macam tu time ni. Kalau Jass menanggis kang aku bagi penumbuk kat muka kau tu.” Adrian menunjukkan penumbuknya kt muka Brian.
“Aku saja aje nak bagi suasana kita ni ceria sikit. Nak kasi gempak sikit. Ni tak, dengar bunyi ombak lepas tu tengok benda ni terbakar.” Brian memandang isi kotak yang semakin hilang dijilat api dan menjadi abu.

“Gempak kepala otak kau. Kasi sedih lagi ada la. Muka Jass pun jadi mendung bile dengar kau nyanyi tadi.” Pandangan Adrian dan Brian beralih semula kepada Jasmine.
Jasmine hanya membalas pandangan mereka dengan pandangan yang kosong sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Jasmine ketawa terbahak-bahak melihat reaksi abang-abangnya yang kebingungan.
“Abang Ash ni jangan buat lawak boleh tak? Ada ke patut cakap muka Jass ni mendung. Ingat awan ke nak main mendung-mendung ni.” Jasmine sengaja memuncungkan mulutnya serentak dengan itu ketawa Adrian dan Brian bederai.

“Ash. Cuba kau ukur sikit mulut adik tu. Sama macam Donald Duck tak?” Eian sengaja menyakat adiknya.
Adrian menghampiri Jasmine dan mengukur mulut adiknya itu.
“Ehh. Rasanya tak sama la Eian. Adik punya muncung ni lagi panjang. Kalah si Donald Duck.” Kedengaran ketawa mereka berempat. Jasmine mencubit lengan kedua abangnya. Amat berbisa sekali cubitan tersebut bagi Adrian dan Brian. 

Mereka bertiga berlari berkejaran di sekitar pantai tersebut. Suara tawa mereka beriringan dengan bunyi ombak yang memukul pantai. Ivinie hanya tersenyum melihat gelagat tiga beradik tersebut. Ingin saja dia berkejaran bersama dengan Jasmine tetapi dibatalkan sahaja niatnya itu apabila terpandang Adrian dan Brian.

Setelah penat berlari,mereka berempat duduk untuk bersantai. Sungguh tenang sekali apabila melihat panorama pantai yang begitu indah sekali. bunyi derupan ombak memberi ketenangan yang begitu mengasyikkan sekali. Sangat berbeza jika ketika berada di kota metropolitan.
Brian mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket seluar dan mengambil gambar mereka bersama. Ada saja aksi-aksi lucu yang dipamerkan oleh mereka. Jasmine dan Ivinie sempat juga memberikan aksi-aksi yang manja dan nakal kepada abangnya. Pengunjung yang berada di pantai itu turut tertarik melihat gelagat  mereka berempat. Jasmine dan kedua abangnya memang gemar untuk mengambil gambar. Asalkan keluar bersama pasti ada saja kenangan yang ingin di potretkan.

P/S: Akan bersambung.. :)

No comments:

Post a Comment