Hey! Entry kali ni saya nak cerita sikit pasal kehidupan saya kebelakangan ini.
Tengok tajuk pun dah dapat agak kan?
Bukan sekolah menengah lagi, pelajar kolej la. Hehe
Bermulanya saya belajar di kolej, masa saya untuk menulis blog pun terhad la pulak.
Bukan terhad, malah baru sekarang nak update.
Ye la, kalau korang student IPT pun korang mesti faham kan.
Sibuk yang teramat sangat. sibuk dengan assignment derr :)
Belajar untuk quiz, mid term dan final exam lagi.
So tak dapat nak focus sangat dengan blog2 ni.. haha
Baru sekarang ni ada peluang. Tu pun main curi masa sikit.
So to those yang ada baca blog saya ni (ada ke? hehe), harap kalian menunggu
kesinambungan ceritanya okay?
Apa-apa pun terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda :)
Monday, 27 August 2012
Saturday, 12 May 2012
Hatiku Milikmu 9
Bab 9
“Macam mana dengan tugasan yang aku suruh kau buat tu?” Adrian bercakap dengan orang suruhannya.
“Dah bos. Semuanya beres. Bos jangan risau la. Saya sentiasa tunaikan apa yang saya janji. Sekarang ni si Danish tu dah macam cacing kepanasan. Dia tengah kalut sebab baju-baju yang dia tempah tak sampai tepat pada masa yang di janjikan.” Faizal tersenyum sengih apabila menceritakan kejayaannya dalam tugasan yang diberikan oleh Adrian.
“Awak pasti ke yang tak ada seorang pun yang tahu tentang hal ni? Saya nak hal ni di rahsiakan daripada sesiapa pun.”
“Saya pasti bos yang tak ada orang yang tahu hal ni.”
“Hah! Biar padan muka dia. Baru dia tahu langgit tu tinggi rendah. Dia main dengan salah orang sekarang ni.Ingat ! biar pecah di perut, jangan pecah dimulut.” Adrian tersenyum puas. Ya! Memang puas. Padan muka kau Danish.
“Yes sir ! Kalau bos perlukan apa-apa telefon aje saya dulu. Kalau macam tu saya chiow dulu.” Faizal terus meninggalkan Adrian sendirian.
Adrian mengeluarkan telefon dari poket seluarnya dan mendail nombor adik kesayangannya. Beberapa kali dicuba tetapi tidak berangkat. “Mana pulak adik ni?” Adrian mengeluh berat. Dia kemudiannya mengambil keputusan untuk pergi ke hotel tempat dia bekerja.
Jasmine melangkah masuk ke dalam rumah dengan senyuman yang begitu berseri-seri. Memang la senyuman nampak berseri-seri sebab si Jasmine dahdapat lupakan bekas kekasihnya itu. Di tangannya ada beberapa beg kertas yang berbagai logo. Semuanya di beli ketika Jasmine shopping seorang diri tadi. Jasmine terus melangkah ke ruang tamu apabila melihat kelibat mamanya yang sedang kusyuk membaca novel.
“Hai mama! Mama tengah buat apa ni?” Jasmine melabuhkan punggung di sofa sebelah mamanya.
Puan Vanessa memandang wajah anak kesayangannya itu sebelum menyambung kembali bacaannya. “Mama tengah cuci baju ni.”
“Hehehe.. Mama sekarang ni dah pandai nak kenakan orang.” Jasmine memeluk bahu ibunya.
“Bukan nak kenakan Jasmine. Terang-terang dah mama tengah baca novel kan? Apalah anak mama ni?” Puan Vanessa mencuit hidung anaknya.
“Jasmine saja aje nak kacau mama. Tadi time Jasmine pergi jalan-jalan, Jass ada beli baju untuk mama.” Jasmine menghulurkan baju kebaya nyonya bewarna unggu kepada mamanya.
“Cantiknya. Pandai Jasmine pilih warna yang sesuai untuk mama. Jasmine beli kat mana ni?” Puan Vanessa masih membelek-belek baju kebaya pemberian Jasmine.
“Jass beli kat kedai yang mama selalu beli baju kebaya tu. Kebetulan Jass lalu kedai tu, Jass singgah kejap cari baju untuk mama. Hujung bulan ni kan mama dengan papa nak sambut anniversary.”
“Ooo.. Butik Almas. Mama pun ingat nak beli baju kebaya hari tu tapi terlupa pula. Nasib baik ada Jass yang belikan untuk mama.”
“Tema untuk majlis ulang tahun mama dan papa tu baju kebaya ke?”
“Ha’ah. Papa yang bagi idea tu sebab sebelum ni kita belum pernah lagi guna tema baju kebaya.”
“Ooo.. So Jass pun perlu guna baju kebaya la ni?” Jasmine menggaru kepalnya yang tidak gatal. Mukanya nampak resah kerana tidak pernah menggunakan baju kebaya. Kalau baju kurung tu boleh la. Ni baju kebaya. Alamakkk !
“Kenapa? Jass tak suka ke?” Puan Vanessa merenung wajah anaknya itu.
“Bukan tak suka la mama. Tak pandai nak pakai. Jass mana pernah pakai baju kebaya, kalau baju kurung tu pernah la.”
Puan Vanessa ketawa dengan jawapan yang diberi oleh anaknya itu. Jasmine pula hanya tersenyum sengeh macam kerang busuk.
“Itu hal kecik la. Mama boleh tolong ajar Jass macam mana nak pakai baju kebaya.”
“Tapi kan mama, Jass tak ada baju kebaya la. Hehe!”
“Takpe. Petang nanti kita pergi beli untuk Jasmine okay?”
“Okay! Love you mama.” Jasmine terus berlalu meninggalkan mamanya. Kakinya terus melangkah ke dalam biliknya.
Sambil bernyanyi-nyanyi, Jasmine mengemas barang-barang yang ada dibiliknya. Baju-baju yang dibelinya tadi dikeluarkan dari beg kertas untuk di cuci. Jasmine kemudian berbaring untuk merehatkan badannya. Dia guling sana guling sini. Macam cerita Hindustan la pulak. Hehe!
“Bosannya kalau hari-hari aku hidup macam ni. Abang Ash dan Eian pulak kerja. Takkan la hari-hari aku nak pergi shopping?? Tak boleh jadi ni. Habis la duit saku aku karang.” Jasmine mengomel sendirian.
“Haa! Idea dah masuk dah ni.” Jasmine mengeluarkan handphone dari begnya dan mendail nombor seseorang.
“Hello Puan Ivinie”
“Banyak la kau punya puan. Aku tak kahwin lagi tau.” Kedengaran suara Jasmine ketawa di talian. Ivinie turut ketawa sama.
“Mak oi. Garangnya mak cik ni. Hehe!”
“Ada apa kau call aku ni? Rindu sangat ke?
“Bukan rindu la. Kau jangan nak perasan. Aku nak mintak kerja dengan kau. Boleh ke?”
“Kau ni biar betul? Kau nak kerja jadi apa? Kenapa tak kerja kat hotel papa kau aje?” bertubi-tubi soalan yang ditanya oleh Ivinie.
“Malas la aku nak kerja dengan papa aku. Tak syiok la. Kerja dengan kau lagi best. Dapat timba banyak ilmu.”
“Banyak la kau punya ilmu. Kalau kerja kat tempat papa kau pun sama jugak. Tak ada bezanya pun. Cuma nanti kau akan terus naik pangkat la.” Ivinie tertawa lagi.
“Sebab tu la aku malas nak kerja dengan papa aku. Nanti dia bagi aku jawatan yang besar-besar pulak. Aku nak kerja dengan kau jugak.”
“Mak cik ni. Orang kat luar tu berebut-rebut nak dapat jawatan besar dan gaji besar. Kau pulak tak nak. Heran aku tau ! Ye lah. Esok datang interview pukul 9 pagi.” Ivinie sudah menunjukkan aura nya sebagai bos.
“Okay bos. Esok tepat pukul 9 pagi aku dah terpacak kat Vinie’s Café.” Jasmine senyum dengan senang sekali.
“Okay. Aku tunggu. Babe, aku nak kena gerak dulu ni. Banyak kerja derr.. Bye. Love you!”
“Bye. Love you too.” Jasmine segera menekan punat telefonnya.
Jasmine kemudian turun ke ruang tamu untuk menonton televisyen. Didapatinya tiada sesiapa pun dekat ruang tamu. Ada sekeping nota di atas meja ruang tamu. Jasmine mengambil nota tersebut dan membacanya.
Jasmine,
Mama pergi keluar jumpa kawan sekejap.
Kawan lama mama baru balik dari Perth.
Jass jaga rumah tau. Masak apa yang patut. Mama balik lewat sikit.
Tak payah tunggu mama.Papa outstation selama seminggu.
Mama lupa nak beritahu tadi. J
‘Ape lah mama ni lupak nak kasi tahu pulak. Aku tinggal seorang diri la ni. Ash dan Eian pun belum balik lagi. Nak buat apa ekk?’ Jasmine bertutur sendirian. Dia mengambil masa yang lama untuk memikirkan apa yang harus dia lakukan ketika ini. Sehinggalah timbul idea nak main masak-masak. Macam zaman kecil-kecil gitu.
Jasmine melangkah ke dapur dan memeriksa apa yang ada untuk dimasak.
Dibukanya peti sejuk, ‘Ermm. Macam-macam ada. Senangla kerja aku ni.’
Jasmine ingin memasak sesuatu yang istimewa untuk mereka bertiga. Kepala ligat memikirkan menu apa yang sesuai untuk disajikan.
‘Arggh! Masak menu ala2 western la. Lagipun lama jugak kitorang tak makan makanan barat. Sekali sekala tu apa salahnya.’ Jasmine tersenyum sendirian dan memulakan aktiviti ‘main masak-masak’.
Jasmine mengeluarkan semua bahan-bahan yang hendak digunakan. Pantas saja jarinya mengatur langkah. Jasmine memerap daging dengan rempah ratus yang sudah sedia ada. Instant la tu! Sementara menunggu daging diperap, Jasmine merebus kentang untuk dilecek bersama dengan tepung. Kemudian Jasmine membuat ‘black pepper sauce’ resipinya yang tersendiri dengan menggunakan stok perang. Daging pula sudah sedia untuk di gril.
Sambil menggril daging, Jasmine bercakap sendirian. ‘Tak sia-sia la usaha aku selama bertahun-tahun belajar memasak ni. Boleh jugak aplikasikan kat rumah.’ Sementara menunggu daging masak, Jasmine emudiannya menggoreng kentang. Jasmine memang gemar melakukan suatu perkara dalam masa yang sama. Jimat masa la katakan.
Kentang yang sudah masak disusunnya diatas pinggan dengan menarik dan kemas sekali. Kalau bab-bab deko atau menghias ni memang salah satu kepakarannya.
Jasmine melihat jam di dinding. Sudah pukul 7 lebih.
‘Mana abang-abang aku ni. Takkan la tak balik kot. Lupa ke diorang ada aku kat rumah ni.’
Jasmine segera mengambil handphonenya dan menghubungi Adrian.
“Hello. Ash kat mana ni? Kenapa Ash dan Eian tak balik lagi? Adik seorang diri la kat rumah ni. Cepat la balik.” Bertubi-tubi soalan yang diajukan oleh Jasmine.
“Hello adik. Ash dan Eian on the way la ni. Adik tunggu la kejap. Dah nak sampai dah ni.”
“Okay. Bye.” Jasmine berasa sedikit lega.
Adrian berasa risau apabila mengetahui Jasmine sendirian dirumah. Lantas saja kakinya menekan minyak.
“Kenapa dengan Jass?” Brian pula bersuara setelah melihat kerisauan di wajah Adrian.
“Jass seorang diri kat rumah. Tu yang dia call.” Adrian sudah kembali tenang.
“Mama pergi mana pulak? Papa takkan tak balik lagi kut.”
“Aku pun tak tahu la. Ni yang aku rushing nak sampai rumah.”
Keadaan kembali sunyi. Masing-masing melayan perasaan sendiri. Tidak lama kemudian Adrian dan Brian tiba di perkarangan rumah mereka.
Mereka sama-sama melangkah masuk ke dalam rumah dan mencari kelibat Jasmine.
“Jass.” Brian memanggil nama Jasmine tetapi tidak dijawab.
“Jasmine!” Giliran Adrian pula. Masih tidak dijawab.
Adiran dan Brian berpandangan sesame sendiri sambil terdiam.’
“Jasmine Andrea Hudson!” Serentak Adrian dan Brian memanggil nama adik mereka.
Tidak semena-mena Jasmine datang dari arah belakang dan memeluk bahu kedua abangnya.
Adrian dan Brian hampir terjelopok kehadapan. Jasmine pula hanya tersenggih macam kerang busuk!
“Oi. Jass main kasar nampak.” Brian berpura-pura melipat lengan bajunya. Adrian juga melakukan perkara yang sama.
“Jass saja aje nak bagi kejutan kat kau orang berdua.” Jasmine masih lagi dengan sengihnya.
“Nasib baik jantung kita orang tak terkeluar ke depan.” Adrian berseloroh.
“Tak ada makne nya tu. Mandi la dulu. Jass dah masak untuk kita semua. Special punya tau.”
“Boleh percaya ke adik yang masak. Entah-entah main tapau aje.” Brian menyelirkan lidahnya ke Jasmine.
Jasmine menghadiahkan cubitan di perut Brian. Adrian segera berlari untuk menyelamatkan diri. Sementara Brian masih mengaduh kesakitan sambil berlari ke biliknya. Jasmine hanya ketawa dengan senang apabila melihat wajah Brian yang menahan kesakitan.
Sementara menunggu kedua abangnya bersiap, Jasmine ke dapur untuk menyusun hidangan yang telah dia masak sebentar tadi. Meja makan juga disusun dengan rapi dan dicantikkan lagi dengan table runner.
Malam itu mereka bertiga menjamu selera dengan senang hati. Jarang sekali ibu bapa mereka meninggalkan mereka bertiga. Kalau di tinggalkan ada saja program yang ingin dilaksanakan. Malam itu kira parti laaa.. Hehe!
P/S: Akan bersambung.. :)
Hatiku Milikmu 8
Bab 8
“Kenapa dengan you all ni? Kerja makan
gaji buta ke? Kenapa stok baju yang saya minta tu masih belum sampai lagi?!
Macam mana boleh jadi macam ni?”
Danish menghempaskan fail-fail diatas mejanya.
Sudah seminggu tempahan tersebut lambat sampai. Danish menjadi benggang apabila
perniagaannya sedikit terganggu dengan kelewatan penghataran stok-stok pakaian
yang ditempah olehnya.
“Maaf bos. Saya dah semak semua barang
yang kita nak tempah tu.Kod untuk baju-baju tu pun betul.Kita orang dah cuba
untuk menghubungi agensi pakaian tersebut tetapi gagal.Mungkin ada masalah
dengan pengangkutan.” Bethany memberanikan diri untuk menjawab pertanyaan
majikannya itu.
“Kalau dah tahu gagal nak hubungi tu
kenapa tak cakap awal-awal dengan saya? Boleh la saya suruh kamu buat tempahan
yang baru.”
“Masa tu bos tak ada kat pejabat. Puas
saya cuba telefon tapi tak dapat. Masa tu saya ingat nak buat tempahan stok
baju tersebut kat agensi yang lain tapi saya kena dapatkan persetujuan daripada
bos dulu.”
“Okay. Kalau macam tu saya nak awak
buat tempahan tersebut. Pastikan agensi tersebut membuat penghantaran tepat
pada waktu yang dijanjikan. Kalau ada apa-apa maklumat, maklumkan pada saya
dengan segera.”
Bethany segera meninggalkan pejabat
majikannya. Kemarahan Danish sedikit reda apabila menyedari salahnya juga tidak
masuk ke pejabat beberapa hari yang lalu. Danish menjalankan perniagaan menjual
pakaian wanita dan lelaki. Perniagaannya mendapat sambutan oleh pengguna sejak
beberapa tahun yang lalu sehinggalah Danish berhasil untuk membuka beberapa
cawangan.
“Beth. Kenapa dengan bos tu? Angin tak
tentu pasal.” Tanya Linda sebaik sahaja Bethany keluar dari pejabat Danish.
“Stok pakaian yang dia tempeh hari tu
tak sampai-sampai lagi. Lewat seminggu dari tarikh yang dijanjikan. Tu yang dia
mengamuk sakan.” Bethany mengambil cawannya yang berisi dengan air kopi itu
lalu menghirupnya.
“Ooo.. Siapa suruh dia tak masuk
pejabat minggu yang lalu. Sekarang ni nak marah-marahkan kau pulak.”
“Dia tu bos kita. Dia nak masuk
pejabat atau tak nak tu hak dia. Kita ni cuma pekerja aje.”
“Aku tahu la. Tapi jangan la sesedap
dia aje nak turun kerja atau tak nak. Lingkup business nanti dia yang putih
mata.”
“Takde makne nya dia nak putih mata.
Harta bapak dia tu tak habis pun sampai tujuh keturunan. Lagi-lagi dia tu anak
tunggal. Tak payah nak kerja pun masih boleh makan.”
“Kaya-kaya pun kalau perangai dah
macam tenuk tu takde guna jugak.” Linda dan Bethany sama-sama ketawa. Tidak
lama kemudian Danish keluar dari pejabatnya. Linda dan Bethany menjadi kaku
apabila melihat Danish menuju ke arah mereka.
“Beth. Make sure awak tempeh stok
pakaian tu. By next week, pakaian-pakaian tu mesti dah tergantung kat bahagian
depan butik ni.” Danish memberikan arahan dan keluar untuk pergi ke kedainya
yang lain.
“Tahu takut. Tadi macam apa kau kutuk
bos kita tu. Dah depan mata kaku macam tiang elektrik.” Bethany mengejek Linda.
“Kalau aku kutuk depan-depan alamatnya
tak makan la aku bulan ni.” Mereka sama-sama ketawa. Linda segera pergi ke
bahagian depan apabila ada pelanggan yang datang ke kedai mereka, Bethany pula
membuat tempahan.
“Selamat datang ke ‘The Buddy’s Shop’.”
Linda menyapa seorang wanita yang masuk ke kedai tersebut.
Wanita tersebut hanya tersenyum
memandang Linda. Dia membelek satu persatu pakaian yang ada di kedai
tersebut.Di ambilnya dress labuh bewarna merah itu dan dibawa ke bilik
persalinan. Kemudian dia keluar sambil berjalan seperti seorang model. Linda
hanya memerhatikan sahaja tingkah laku wanita tersebut.
“Apa pendapat awak tentang dress ni?”
Tanya Chloe kepada Linda.
“Maafkan saya, cik?”
“Just call me Chloe.”
“Bagi saya baju ni memang sesuai
dengan tubuh badan Cik Chloe yang ramping tu. Disamping itu, warnanya juga
sesuai kerana cik memiliki kulit yang kuning langsat.”
“Saya sukakan sesuatu yang nampak feminin
tetapi a little bit wild bila dipakai.” Chloe melihat dirinya dihadapan cermin.
Baju itu tidak menarik minatnya.
“Kalau macam tu saya akan ambil baju
yang lain untuk cik cuba.” Linda segera meninggalkan Chloe dan mencari pakaian
yang sesuai untuk wanita tersebut.
Tidak lama kemudian Linda muncul
dengan membawa dress singkat bercorakkan bulu harimau bintang. Chloe segera
menukarkan pakaiannya dengan dress singkat tersebut kemudian keluar sambil
mengayakan baju tersebut.
“Baju ni direka khas oleh pemilik
kedai ‘The Buddy’s Shop’. Potongan berbentuk ‘m’ dibahagian dada ni menunjukkan
passion.” Linda menerangkan serba
sedikit mengenai baju tersebut.
“Ooo.. I see. Baju ni ada lagi ke?”
“Nope. Baju ni special edition. Hanya
satu saja yang ada di butik ni.”
“Well.
Sounds interesting. I’ll take it.” Chloe menukar semula pakaiannya dan
membuat pembayaran. Beberapa keping Rm 50 dikeluarkan untuk membayar baju
tersebut. Selesai membuat pembayaran, Chloe meninggalkan kedai tersebut.
“Siapa tu tadi Linda?” Sapa Bethany.
“Custumer la. Siapa lagi.” Linda sibuk
menyusun baju-baju di butik itu.
“Ooo.. Dia beli baju yang mana satu?
Jadi ke dia beli dress warna merah tu?”
“Tak jadi. Dia tak suka dengan baju
tu. Dia beli baju yang bos kita reka sendiri tu.”
“Melepas la peluang kau nak beli baju
tu kan? Hehehe” Bethany mentertawakan kawan sekerjanya itu.
“Nak buat macam mana. Dah nasib
badan.” Linda juga turut ketawa dengan Bethany.
“Ehh. Jom la kita pergi lunch. Perut
aku dah buat konsert ni. Lapar derr..” Bethany mengajak Linda.
“Aku tak perasan pulak yang dah masuk
waktu makan tengah hari ni. Jom la. Aku pun lapar jugak.”
Mereka bersama-sama beriringan keluar
dari butik tersebut dan makan di kedai yang berdekatan.
P/S: Akan bersambung... :)
Thursday, 10 May 2012
Hatiku Milikmu 7
Bab 7
Jasmine memunggah semua barang yang hendak dibuangnya. Semua kotak
yang terletak disudut biliknya di angkut ke ruang tamu. Satu-persatu barang itu
di angkutnya.
“Berat jugak barang-barang aku ni. Nampak macam sikit aje hari
tu.” Omel Jasmine sendirian. Dengan berhati-hati Jasmine menuruni anak tangga
rumahnya. Kotak tersebut kemudiannya diletakkan berhampiran dengan pintu rumah.
Jasmine memerhatikan sekeliling rumahnya untuk mencari kelibat Adrian dan
Brian. Jasmine menghubungi kedua abangnya untuk dibawa ke suatu tempat. Jasmine
menekan punat telefon dan mencari senarai nama. Setelah lama menunggu akhirnya
panggilannya dijawab juga.
“ Hello Ash. Tunggu kejap, jangan letak telefon dulu. Adik nak
call Eian dulu. Kita conference call.”
Jasmine kemudiannya menekan punat hold dan mencari nama Brian pada skrin
telefonnya.
“Cis! Bertuah punya adik. Belum sempat aku nak cakap apa-apa dia
dah letak dulu.” Adrian mengomel sendirian. Tumpuan Adrian terhadap resipi yang
dikajinya itu terganggu pabila menerima panggilan daripada Jasmine. Adrian
hanya membiarkan sahaja telefonnya dalam keadaan loudspeaker. Tiga minit kemudian suara Jasmine kedengaran memanggil
abangnya.
“ Hello Ash.” Jasmine menyapa.
“Ha.. Apa dia?” Adrian menjawab dengan malasnya.
“Temankan adik pergi satu tempat jom.”
“Banyak Jass punya kredit siap main call kitorang lagi. Kalau
banyak sangat tu share dengan Eian la.” Brian sempat pula menyindir adiknya
itu.
“Ha’ah kan. Duduk satu rumah pun nak cakap guna telefon. Kalau
jauh berbatu-batu tu takpe la.” Giliran Adrian pula membebel.
“Jass malas nak naik pergi bilik korang. Penat tahu tak naik dua
tiga kali. Sampai nak tercabut kaki adik ni. Korang jangan nak cakap banyak.
Turun cepat, ini satu arahan. Adik tunggu kat ruang tamu.” Jasmine memutuskan
talian tanpa menunggu jawapan daripada kedua abangnya.
Adrian dan Brian segera menukar pakaian masing-masing lalu turun
ke ruang tamu untuk bertemu dengan Jasmine. Mereka saling berpandangan sesama
sendiri apabila terpandang tiga buah kotak yang diletakkan berhampiran dengan pintu rumah mereka. Pantas
saja kaki mereka melangkah menghampiri Jasmine.
“Adik nak buat apa dengan kotak-kotak ni? Nak hantar pergi mana?”
Adrian masih kebingungan lagi melihat kotak yang kini berada dihadapannya.
“Jass nak bawa kotak ni pergi pantai Damai.” Jasmine tersenyum
memandang Adrian dan Brian.
“Damai? Nak buat apa bawa kotak macam ni pergi Damai? Adik nak
buat sale ke? Kalau adik nak pergi vacation pun takkan nak simpan baju dalam
kotak kut..” Brian berasa hairan dengan jawapan yang diberikan oleh Jasmine.
Setahunya adiknya itu memang gemar pergi ke pantai dan bercuti. Walaupun hanya
menginap semalam sahaja juga sudah memadai bagi Jasmine. Tetapi kali ini kotak
pula yang adiknya itu nak bawa pergi ke pantai Damai. Adrian hanya menggaru
kepalanya yang tidak gatal itu.
“Sale tengkorak hang. Adik nak pergi buang derr.” Jasmine
mengangkatkan keningnya.
“Mak aii. Jauh sangat la kalau setakat nak buang barang. Buang aje
la dekat tong sampah depan rumah tu.” Adrian menunjukkan tong sampah yang
berada diluar rumah mereka.
“Ishh. Mana boleh buang macam tu aje. Ni private la. Kalau Ash dan
Eian tak nak temankan adik pergi dengan Vienie aje la. Senang cerita.” Jasmine
terus memindahkan kotak ke bonet kereta Myvi milik ibunya.
“Ehh. Kitorang temankan adik la. Bahaya pulak kalau perempuan
drive jauh-jauh macam tu. Kalau ada apa-apa nanti confirm papa siat-siat kulit
kitorang.” Adrian terus membantu adiknya mengalihkan kotak tersebut ke bonet
kereta. Dia tidak dapat membayangkan jika terjadi sesuatu terhadap adik nya.
Simpang melaikat empat puluh empat !
“Jass dah cakap kat mama ke belum ni? Nanti tak pasal-pasal pulak
mama risau sebab kita semua keluar tak cakap dengan mama?” Brian yang duduk di
bahagian depan kereta itu baru teringat akan ibunya. Adrian yang hendak
menghidupkan enjin keretanya menoleh ke arah Jasmine yang duduk dibahagian
belakang.
“Awal lagi adik dah minta izin dekat mama. Sebelum adik call
korang la.” Jasmine menyakinkan kedua abangnya.
“Kalau macam tu takpe la. Kita boleh jalan sekarang.” Brian
memberikan arahan kepada Adrian. Sekejap “Sebelum kita pergi sana, boleh pergi
dekat Desa wira kejap tak? Adik dah janji nak bawak Ivienie sekali.” Jasmine
memandang Adrian melalui cermin hadapan kereta.
“Adik tahu ke alamat rumah dia?” Adrian masih lagi focus dengan
pemanduannya.
“Tahu. Nanti Jass call la
dia kalau tak pasti dengan alamat dia.”
“Okay.” Hanya itu sahaja yang dijawab oleh Adrian. Brian kemudian
memasang disc lagu penyanyi kesukaannya. Mesti la Bruna Mars!
Jasmine mengeluarkan handphone dari poket seluarnya. Dia ingin
membuat satu panggilan. Di dail nya beberapa kali namun tidak berjawab.
Beberapa minit kemudian dia mencuba lagi dan berharap panggilannya itu di jawab
oleh Ivienie.
“Hello babe. Kau kat mana ni? Aku tengah on the way pergi rumah
kau kat Desa Wira tu.”
“Hello. Aku kat rumah la sekarang ni. Jadi ke rancangan kau nak
pergi Damai tu?” Ivienie yang baru saja bangun dari tidur menjadi segar apabila
mendengar suara kawan baiknya itu.
“Mesti la jadi. Aku pergi ambil kau la ni. Kau bersiap sekarang.
Nanti kalau nak sampai aku call lagi.”
“Okay babe. See you later.”
Ivienie segera memutuskan talian dan
mandi untuk bersiap sedia.
Sepuluh minit kemudian Jasmine dan abang-abangnya sampai di
perkarangan rumah milik Ivinie. Jasmine menghubungi dan keluar untuk
mendapatkan kawannya itu.
“Babe. Aku dah sampai ni. Aku dekat pintu pagar rumah kau. Keluar
la cepat. Tak payah bawak baju. Kita pergi kejap aje. Abang aku ada kerja esok
so tak dapat nak stay kat Damai. Okay. Aku tunggu kau. Cepat keluar.” Jasmine
terus memutuskan talian tanpa menunggu jawapan dari kawannya itu. Tidak sampai
seminit kemudian Ivinie pun keluar dengan tergesa-gesa.
“Jass! Kau tak cakap pun yang abang kau ada ikut. Aku ingat kita
berdua saja. Ni yang aku lemah sangat ni.” Ivinie mengunci pintu pagar
rumahnya.
“Kenapa pulak? Aku sengaja tak nak kasi tahu. Surprise! Hehe.”
Jasmine memeluk bahu Ivinie.
“Oi nenek. Banyak la kau pun surprise. Aku malu la. Tak jadi la
aku nak temankan kau. Abang kau kan ada.”
“Ehh.. jangan nak mengada-ngada. Aku lasing kau kang baru tahu.
Jom masuk kereta.” Jasmine segera menarik Ivinie masuk ke dalam kereta mereka.
Ivinie hanya ikut sahaja dengan Jasmine, bagai lembu yang dicucuk hidungnya.
“So babe,
let me introduce this two handsome guy. Yang jadi driver ni, nama dia Adrian
Ashley Hudson and yang duduk kat sebelah ni pulak Brian Arthur Hudson. “ Jasmine
memperkenalkan kedua abangnya kepada Ivinie. Brian menghulurkan tangan untuk
bersalaman dan disambut mesra oleh Ivinie. Manakala Adrian pula hanya
menganggukkan kepalanya.
“And this little pretty girl is my BFF, Ivinie Ruth.” Jasmine
memeluk erat bahu Ivinie. Ivinie berasa begitu beruntung sekali mempunyai kawan
seperti Jasmine. Ivinie hanya tersenyum memandang Ivinie. Kemudian dia membalas
pelukan Jasmine.
“Ohh.. Adik Jass memang selalu cerita pasal awak. Memang kawan
rapat la kau orang in.” Brian tersenyum memandang Ivinie.
“Kau cakap yang baik-baik ke yang buruk-buruk pasal aku babe?”
Ivinie sedikit berbisik.
“No need to whispering my
dear. Aku cakap yang baik-baik la. Takkan la aku nak buruk-burukkan kau.”
Lantas berderai tawa Jasmine, Brian dan Adrian. Ivinie hanya tunduk tersipu
malu.
“Kau ni memang sengaja kan nak kenakan aku kat abang-abang kau.”
Ivinie mencubit lengan Jasmine.
“Aduhh! Sakit la wei. Jangan la main cubit-cubit. Kesian kulit aku
ni tahu tak.” Jasmine mengurut-ngurut lengannya.
“Padan muka kau!” Ivinie ketawa melihat muka Jasmine yang masam
mencuka.
“Eleh.. Ada lori ada bas, ada hari aku balas.” Jasmine
mengenyitkan matanya kepada Ivinie.
Perjalanan menuju ke pantai Damai mengambil masa kurang dari satu
jam. Adrian memandu dengan berhati-hati sekali. Jasmine dan Ivinie hanya
memandang keluar tingkap. Masing-masing sedang melayan perasaan sendiri. Brian
merasakan perjalanan tersebut begitu sunyi sekali. Tanpa muzik yang
berkumandang ibarat kekosongan hidup yang melanda. Lantas Brian memainkan lagu
Talking to the moon-Bruno Mars.
Pantas sahaja mulutnya bernyanyi beriringan
dengan muzik tersebut. Nyanyian Brian telah mengejutkan Jasmine dan Ivinie dari
khayalan mereka. Jasmine menjadi sebak apabila mendengar lagu tersebut.
Nyanyian abangnya itu telah membawanya kembali ke dunia lelaki yang bernama
Danish Danielle. Air matanya mula mengalir satu persatu seperti mutiara yang
berguguran. Jasmine dan Danish sama-sama menggemari lagu-lagu yang dinyanyikan
oleh Bruno Mars.
Persamaan itu yang menyebabkan cinta muncul diantara mereka
berdua. Ivinie segera memeluk Jasmine apabila dia menyedari tangisan kawannya
itu. Ivinie mengesat air mata yang berada di pipi Jasmine. Brian segera
menghentikan lagu tersebut. Dia berasa bersalah kerana menyebabkan adiknya itu
menanggis.
“I’m fine. Don’t worry.” . Jasmine
hanya tersenyum memandang Brian dan Ivinie.
Tidak lama kemudian mereka berempat sudah sampai di destinasi yang
diingini. Brian dan Adrian mengangkut semua kotak dan dibawa ke pantai yang
berdekatan.
Jasmine kemudiannya membakar satu persatu barang yang ada di dalam
kotak tersebut. Adrian, Brian dan Ivinie hanya menjadi pemerhati sahaja.
Kemarahan Adrian semakin membuak-buak
apabila melihat keadaan adik kesayangannya itu.
“Kan ku bakar semua hapuskan
semua kenangan” Brian mengusik adiknya dengan lagu patah seribu. Adrian ingin menolak kepala Brian tetapi Brian sempat mengelakkan
dirinya.
“Kau ni sempat jugak nak bawa lagu macam tu time ni. Kalau Jass
menanggis kang aku bagi penumbuk kat muka kau tu.” Adrian menunjukkan
penumbuknya kt muka Brian.
“Aku saja aje nak bagi suasana kita ni ceria sikit. Nak kasi
gempak sikit. Ni tak, dengar bunyi ombak lepas tu tengok benda ni terbakar.”
Brian memandang isi kotak yang semakin hilang dijilat api dan menjadi abu.
“Gempak kepala otak kau. Kasi sedih lagi ada la. Muka Jass pun
jadi mendung bile dengar kau nyanyi tadi.” Pandangan Adrian dan Brian beralih
semula kepada Jasmine.
Jasmine hanya membalas pandangan mereka dengan pandangan yang
kosong sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Jasmine ketawa
terbahak-bahak melihat reaksi abang-abangnya yang kebingungan.
“Abang Ash ni jangan buat lawak boleh tak? Ada ke patut cakap muka
Jass ni mendung. Ingat awan ke nak main mendung-mendung ni.” Jasmine sengaja
memuncungkan mulutnya serentak dengan itu ketawa Adrian dan Brian bederai.
“Ash. Cuba kau ukur sikit mulut adik tu. Sama macam Donald Duck
tak?” Eian sengaja menyakat adiknya.
Adrian menghampiri Jasmine dan mengukur mulut adiknya itu.
“Ehh. Rasanya tak sama la Eian. Adik punya muncung ni lagi
panjang. Kalah si Donald Duck.” Kedengaran ketawa mereka berempat. Jasmine
mencubit lengan kedua abangnya. Amat berbisa sekali cubitan tersebut bagi
Adrian dan Brian.
Mereka bertiga berlari berkejaran di sekitar pantai tersebut.
Suara tawa mereka beriringan dengan bunyi ombak yang memukul pantai. Ivinie
hanya tersenyum melihat gelagat tiga beradik tersebut. Ingin saja dia
berkejaran bersama dengan Jasmine tetapi dibatalkan sahaja niatnya itu apabila
terpandang Adrian dan Brian.
Setelah penat berlari,mereka berempat duduk untuk bersantai.
Sungguh tenang sekali apabila melihat panorama pantai yang begitu indah sekali.
bunyi derupan ombak memberi ketenangan yang begitu mengasyikkan sekali. Sangat
berbeza jika ketika berada di kota metropolitan.
Brian mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket seluar dan
mengambil gambar mereka bersama. Ada saja aksi-aksi lucu yang dipamerkan oleh
mereka. Jasmine dan Ivinie sempat juga memberikan aksi-aksi yang manja dan
nakal kepada abangnya. Pengunjung yang berada di pantai itu turut tertarik
melihat gelagat mereka berempat. Jasmine
dan kedua abangnya memang gemar untuk mengambil gambar. Asalkan keluar bersama
pasti ada saja kenangan yang ingin di potretkan.
P/S: Akan bersambung.. :)
Hatiku Milikmu 6
Bab 6
Jasmine duduk di
buaian milik keluarganya. Pada waktu itu keluarganya semua masih belum bangun
lagi. Hanya Jasmine seorang sahaja yang sudah bangun ketika itu. Udara pada
pagi itu begitu segar sekali. Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa itu begitu
menyegarkan. Jasmine begitu menyukai suasana rumahnya, begitu indahnya ciptaan
Tuhan. Jasmine kemudian berpindah ke buaian yang khas digunakan untuk berbaring.
Buaian itu dibeli oleh Adrian ketika dia mempunyai urusan kerja di Bali,Indonesia.
Jasmine mengayun-ngayunkan dirinya sambil memandang ke arah langit. Dia dapat
melihat bermacam-macam bentuk yang di hasilkan oleh awan. Dia begitu teruja
sekali apabila melihat salah satu awan tersebut berbentuk seakan-akan bentuk
hati. Setelah melihat awan-awan tersebut, Jasmine kemudian mengambil telefon
bimbitnya dan memainkan lagu awan nano-Hafiz. Jasmine turut menyanyikan lagu
tersebut sambil memandang awan. Sudah lama dia tidak merasakan ketenangan yang
sebegitu sekali. Dirasakan segala masalah yang membebani jiwanya turut hilang
bersama dengan angin bayu. Dia seperti sudah mendapat semangat yang baru untuk
meneruskan hari-harinya tanpa sendu dan duka.
Selamat
tinggal kisah duka. Pergilah kau bersama dengan angin yang berlalu. Jangan kau
hampiri ku lagi. Biarkan diriku ini bebas dari di belenggumu. Jasmine
bermonolog sendiri.
“Cantik sungguh awan berbentuk hati itu. Mampukah aku memiliki
cinta seperti awan itu? Begitu mendamaikan jiwa apabila melihatnya.” Bibir
Jasmine berbicara sendiri.
Jasmine masih leka melihat pemandangan yang begitu indah itu.
Diamatinya satu persatu awan di langit. Dia kemudiannya melelapkan matanya dan
mencipta dunia fantasinya. Jasmine sedang berada di dunia yang penuh dengan
kasih dan sayang. Jasmine dikelilingi oleh bunga-bunga yang cantik dan tumbuh
dengan mekar sekali. Tidak pernah rasanya dia berada di tempat sebegitu rupa.
Jasmine berlari-lari di kawasan tersebut, ianya sebuah taman yang bernama “Taman
Perisa Cinta”.
Taman tersebut mempunyai daya tarikan yang menyebabkan kaki
Jasmine melangkah dengan sendirinya. Jasmine tertarik melihat buaian yang
disediakan di taman tersebut. Buaian itu hanya di gantung di sebuah pokok yang
sangat besar, talinya pula di lingkari dengan bunga-bunga yang beraneka warna.
Tidak pernah dia melihat buaian tersebut sebelum ini. Jasmine duduk di buaian
tersebut sambil mengayunkannya. Jasmine melihat kelibat seorang lelaki
disebalik bunga-bunga yang ada di taman tersebut. Wajah lelaki itu seperti
pernah di jumpainya sebelum ini, tetapi Jasmine lupa akan lelaki tersebut. Lelaki itu berlari-lari anak di sekitar taman tersebut. Jasmine cuba untuk mengejar
lelaki tersebut namun kakinya tersandung lalu terjatuh. Kedebukkk !
“Aduh! Sakitnya pinggang aku.” Jasmine terbangun dari mimpinya.
Dia tertidur ketika asyik melihat awan di langit. Kedengarang bunyi tawa dua
orang lelaki yang memang sudah tidak asing lagi. Jasmine menjeling kedua-dua
abangntya.
“Aku jatuh ni bukannya nak
tolong. Diorang tolong ketawa tu lagi ada. Menyampah betul!” omel Jasmine
dalam hati.
“Adik, tak baik tau mengumpat dalam hati. Baik cakap terus terang
je.” Brian dan Adrian menghampiri adiknya.
“Korang berdua tu yang gelak kat adik ni kenapa? Lucu sangat ke?
Bukannya nak hulurkan bantuan, tengok aje.” Jasmine berdiri sambil
mengipas-ngipas seluarnya.
“Adik berangan jumpa putera dari negeri mana tadi tu?” Adrian
sengaja ingin menyakat adiknya.
“Banyak la Ash punya putera raja. Mana adik berangan. Adik
terlelap sekejap tadi tu, entah kenapa tiba-tiba pulak adik boleh jatuh.”
Jasmine menyembunyikan mimpinya daripada abang-abangnya kerana takut akan di
ketawakan oleh Adrian dan Brian.
“Ash, aku rasa kan ada orang tu tengah menipu la sekarang ni. Sebab
masa dia tidur tadi dia dok senyum sorang-sorang. Macam orang dah dilamun cinta
tu.” Brian dengan Adrian ketawa terbahak-bahak.
Cis !
Kantoi pulak. Monyet berdua ni pernah jadi ‘FBI’ ke dulu. Nampak sangat ke aku
tengah syok tadi tu. Mak aii! Malunya.. mana aku nak letak muka ni. One two three, action! Jasmine memulakan
lakonannya yang tidak profesional itu.
“Ehh, betul ke? Adik tak perasan pun yang adik ada senyum-senyum
tadi. Jass tidur macam biasa je. Ke korang berdua ni yang sengaja nak mereka
cerita?” Jasmine merenung mereka berdua dengan curiga yang di buat-buat.
“Tak payah nak berlakon. Eian tahu la taktik adik ni. Nak cover la
tu kan?” Brian mengangkat-angkat keningnya sambil ketawa melihat adiknya.
“Ha’ah. Muka adik tu nampak sangat tadi. Lakonan adik belum cukup
mantap lagi. Kalau Ash jadi director, tak jadi Ash nak ambik adik berlakon.”
Serentak dengan itu mereka bertiga ketawa.
“Dah la. Malas nak layan korang berdua ni. Nakal sangat, sampai
monyet pun kalah.” Jasmine terus meninggalkan abang-abangnya. Adrian dan Brian
memandang sesama sendiri.
“Kau tu la yang monyet.” Adrian menunjuk kearah Brian.
“Apesal aku pulak? Kau tu la yang monyet. Jari kau tu satu je yang
tunjuk aku, yang empat lagi tu semua menghadap kat kau.” Giliran Brian pula
meninggalkan Adrian.
Adrian menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia kemudian
memikirkan maksud Brian tadi. Setelah mengerti, ketawa Adrian berderai.
“Wei ! Jass cakap tadi “korang” la. Maksudnya aku dan kau. Fair and square la tu.” Adrian memekik
sambil mengejar Brian. Brian cepat-cepat berlari meninggalkan Adrian di
belakang.
“Jangan kejar aku lagi la. Kau tu memang sah-sah monyet. Kau tu
nakal sangat dan suka menyakat.” Brian menghentikan langkahnya sebaik sahaja
tiba diruang tamu rumahnya.
Mereka berdua berehat di ruang tamu tersebut sambil menonton
televisyen. Suasana menjadi sunyi buat seketika. Masing-masing ingin melepaskan
lelah dahulu sebelum memulakan bicara. Brian melangkah ke dapur untuk mengambil
dua gelas jus oren dan dibawa ke ruang tamu. Dihulurnya segelas jus oren kepada
Adrian. Seteguk demi seteguk jus itu dihirup untuk membasahkan tekak.
Masing-masing sedang menikmati keenakkan jus oren tersebut.
“Eian, kau tahu tak yang adik dah break up dengan Danish? Adrian memulakan bicaranya.
“Ehh, betul ke ni? Aku tak tahu pun pasal hal ni. Adik tak cerita
apa-apa pun.” Brian sedikit terkejut dengan berita yang baru sahaja disampaikan
oleh abangnya itu.
“Aku baru tahu hal ni semalam, tapi aku perasan hal ni dari minggu
lepas lagi. Dah lama jugak la diorang dah putus. Adik baru confess kat aku semalam.” Adrian mengalihkan pandangannya ke kaca
televisyen. Fikirannya kosong ketika itu.
“Confession of the broken
heart ke? Apa yang Jass cerita kat kau? Kenapa tak ajak aku join conversation korang malam tadi. Tak
syok la korang ni.” Brian berpura-pura menumbuk sofa tanda dia sedang protes.
“Senggal la kau ni. Masa tu kau dah tidur, macam mana la nak ajak
kau ikut sekali. Lagipun masa tu secara tak sengaja aku terrrrrr lihat si Jass
tengah menangis sorang-sorang. Aku pun pergi jenguk sekejap la. Jass cakap yang
Danish curang dengan dia. Mungkin dia tengok si bongok tu jalan dengan
perempuan lain kot.” Adrian melihat sekeliling kerana khuatir akan kehadiran
adik perempuannya.
“What?! This is too much!
Dulu bukan main lagi minta tolong kat kita untuk pikat adik kita tu. Sekarang
ni habuk pun takda.” Brian menggelengkan tangannya dan mengalihkan pandangannya
ke Adrian.
“So, apa rancangan kau ?
Nak pergi serang ke macam mana?” giliran Adrian pula memandang wajah adiknya.
“Kita jumpa dia dulu dan cakap apa yang patut. Lepas tu buat aje
la apa yang patut.”
“Okay. Tapi jangan cakap
apa-apa kat Jass. Nanti dia marah pulak.” Adrian memberi amaran kepada Brian.
“Okay. Hal tu kau jangan
risau. Adik takkan tahu punya. Dah la, aku gerak dulu. Apa-apa nanti kau text aku.” Brian melangkah ke biliknya
untuk menukar pakaian lalu melangkah keluar dari rumahnya. Niat di hati ingin
bertemu dengan sang kekasih.
Adrian hanya memandang skrin televisyen tanpa minat. Otaknya
sedang ligat memikirkan sesuatu. Sesuatu yang akan membuat Danish menyesal
suatu hari nanti.Tunggu kau Danish! Jangan harap aku akan lepaskan kau
senang-senang. Kau tengok la nanti. Desis Adrian.
Adrian menutup suis televisyen dan terus ke meninggalkan ruang
tamu. Dia terus menuju ke biliknya untuk merehatkan badannya. Kepalanya pening
memikirkan perihal adik perempuannya.
Selamat pagi semua !
Haloooo :) (ikut macam zizan dalam Lawak ke derr) hehe!
Tak ada apa-apa yang special pun hari ni.
Just suka-suka je nak tulis blog :')
Pagi-pagi lagi dah kena paksa masuk college TM.
Sapa tak bengang weii..
Dan keberanian yang 'setebal' kulit bawang tu saya menolak permintaan
dari ayahanda tersayang. Huhu!
Maafkan saya wahai ayah.
bukan nak kurang ajar tapi tak berminat derr..
Nasib baik ada ibu yang sangat memahami hati anaknya ini. Hehe!
Cerah sikit peluang nak masuk tempat lain.
P/S: Love youuuu mom ! <3
Tak ada apa-apa yang special pun hari ni.
Just suka-suka je nak tulis blog :')
Pagi-pagi lagi dah kena paksa masuk college TM.
Sapa tak bengang weii..
Dan keberanian yang 'setebal' kulit bawang tu saya menolak permintaan
dari ayahanda tersayang. Huhu!
Maafkan saya wahai ayah.
bukan nak kurang ajar tapi tak berminat derr..
Nasib baik ada ibu yang sangat memahami hati anaknya ini. Hehe!
Cerah sikit peluang nak masuk tempat lain.
P/S: Love youuuu mom ! <3
Hatiku Milikmu 5
Bab 5
Setelah sampai di
perkarang rumahnya, Adrian melihat Jasmine sedang duduk bersendirian di halaman
rumah. Dia melihat Jasmine termenung sambil menangis. Dia pasti ada sesuatu
yang dilakukan oleh Danish sehingga menyebabkan Jasmine menangis. Adiknya itu
bukan jenis yang mudah untuk mengalirkan air mata kecuali hal-hal yang sangat
berat bagi dirinya. Adrian harus berbincang dengan adiknya untuk menyelesaikan
masalah Jasmine. Sudah sering sekali dia melihat Jasmine menangis apabila dia
keseorangan, sungguh berbeza sekali jika Jasmine bersama dengan keluarganya.
Angin malam bertiup lembut menyapa seraut wajah polos yang sedang
asyik termenung di halaman rumah. Jasmine hanyut di dalam kelembutan angin pada
malam itu. Kehadiran Adrian tidak di sedarinya lansung. Jasmine mengelap air
matanya. Dia kelihatan kembali tenang semula. Sudah tidak ada air mata lagi
yang ingin keluar membasahi pipinya. Adrian mengusat lembut kepala adiknya dan
menyebabkan Jasmine kembali ke dunia realiti.
“Adik ada masalah ke? Dari tadi Ash tengok adik sedih semacam..
Adik sekarang ni selalu sangat termenung. Cuba cerita apa masalah adik kat Ash.
Mana tahu Ash boleh tolong adik..”
“I’m fine. Don’t worry,
okay?” Jasmine memberikan senyuman kapeda abangnya. Adrian tahu senyuman
itu hanya di buat-buat oleh adiknya.
“Ash nampak adik menangis tadi.
Tu yang adik kata okay. Come on babe. I’m older than you. Adik
takkan dapat tipu abang macam ni. Takde orang kat dunia ni menangis tanpa
sebab. Orang hanya menangis ketika mereka sedih dan terlampau gembira. Ash tahu
yang adik menangis sebab adik sedih. Muka adik muram semacam, kalau kucing yang
lalu pun confirm takut punya.” Adrian
cuba berseloroh untuk menghiburkan adiknya. Jasmine hanya tersenyum mendengar
celoteh abangnya.
“Jass tak tahu macam mana nak cerita dengan abang. Otak Jass
tengah berserabut, dah tak dapat nak susun balik dah.” Giliran Jasmine pula
berseloroh dan membuatkan tawa Adrian berderai.
“Sebab tu la abang suruh adik cerita kat abang apa masalah adik.
Boleh la Ash tolong susun balik otak adik yang berserabut tu.” Ada saja ayat
yang digunakan oleh Adrian untuk mengorek rahsia adiknya itu.
“Complicated sangat
sampaikan adik pun tak tahu nak mula dari mana.” Jasmine duduk sambil menongkat
dagu.
“Okay. Ash rasa ni mesti pasal Danish kan? Sebab korang dah putus
kan? Ash nak tahu kenapa adik dengan Danish boleh putus masa tu?” Adrian duduk
di kerusi berhadapan dengan Jasmine menyebabkan mata mereka berdua
bertentangan. Adrian dapat merasai kesedihan yang di lalui oleh adiknya itu.
“Memang sebab Danish. Adik putus dengan dia sebab dia curang
dengan adik. Adik yang minta putus. Takde guna lagi adik bersama dengan orang
yang dah tak sayangkan adik. Adik tak nak menagih kasih dari orang macam Danish
tu. Adik masih punya harga diri lagi.” Lantas dengan itu juga tangisan Jasmine
bergururan apabila teringat dengan insiden yang berlaku diantara dia dengan
Danish. Adrian menyapu pipi adiknya yang dibasahi oleh air mata itu.
“Kenapa adik baru cakap hari ni? Kenapa adik tak cakap hari tu?
Danish tu memang laki tak guna ! Tengok la nanti macam mana rupa dia lepas
jumpa dengan Ash.” Adrian menunjukkan penumbuknya. Dia berasa geram sekali
dengan tindakan Danish. Sungguh dia tidak menyangka yang Danish curang dengan
adiknya.
“Dah la tu. Let bygones be
bygones. Adik tak nak Ash pergi
serang dia sebab tu adik tak bagi tahu dengan abang Ash.” Jasmine cuba untuk menenangkan
abangnya. Dia takut abangnya itu akan menyerang Danish setelah mengetahui hal
tersebut.
“Let bygones be bygones? Are
you crazy? He’s cheating on you Jass. Ash takkan diam macam tu saja. Ash
takkan lepaskan dia dengan senang-lenang lepas apa yang dia buat kat adik.”
Amarah Adrian seperti sudah sampai kepada kemuncaknya. Lagaknya seperti harimau
yang sedang kelaparan.
“Please Ash. Just let It be.
Tak payah nak cari gaduh dengan anak orang.” Jasmine memujuk abangnya.
“For your sake, I won’t let
it be. Jangan ingat Ash akan maafkan dia. Biar dia tahu langit tu tinggi
atau rendah.”
Jasmine hanya memandang abangnya dengan pandangan kosong. Dia tahu
kalau abangnya itu sudah marah tiada siapa lagi yang mampu menghalang tindakannya.
Tidak guna lagi dia memujuk Adrian kerana tindakan itu hanya sia-sia sahaja.
“Suka hati Ash la. Tapi jangan buat perkara bodoh yang boleh
memalukan keluarga kita. Adik tak nak sebab adik, papa jadi marah dengan Ash.”
“Adik jangan risau. Tahu la apa yang Ash nak buat dengan dia
nanti. Adik dah bagi tahu Eian ke belum?” Adrian memandang seraut wajah
dihadapannya itu.
“Belum lagi. Adik tak sempat nak cakap dengan dia hari tu.”
“Kalau macam tu, biar Ash aje yang bagi tahu dekat Eian. Jum masuk
dalam, dah lewat sangat ni. Tak payah nak fikir pasal lelaki tak guna tu. Tidur
lagi bagus derr..”
Adrian menarik lengan adiknya untuk masuk ke dalam rumah. Pada
mulanya, Jasmine ingin menolak tetapi apabila melihat abangnya menjengilkan
matanya Jasmine segera membatalkan niatnya. Adrian lantas mengunci pintu rumah
mereka kemudian mereka sama-sama menaiki tangga dan menuju ke bilik
masing-masing. Jasmine melabuhkan tubuhnya ditilam empuk miliknya, terasa
sungguh selesa sekali. Dia belum berasa mengantuk lagi.
Pusing kanan pusing
kiri, semua serba tak kena. Sekejap duduk sekejap baring. Jasmine resah dengan
keadaan dirinya yang tidak menentu. Dilelapkan mata tetapi masih degil juga
ingin berjaga. Jasmine kemudian mengambil novelnya lalu meneruskan pembacaan
yang tertangguh sebelum ini. Jasmine memang gemar untuk membaca novel. Dia
tertarik dengan setiap kisah cinta yang selalu dibacanya di dalam novel. Namun
kisah cintanya dan Danish tidaklah seindah dan semanis seperti di dalam novel.
Jasmine meneruskan kembali pembacaannya dan membuang jauh-jauh nama Danish
dalam fikirannya.
Nada dering talking to
the moon-bruno mars berkumandang tanda ada pesanan ringkas yang dikirimkan.
Jasmine mencapai handphonenya dan
mambaca pesanan yang dikirimankan untuknya.
Jangan baca novel
lagi. Dah lewat malam ni.
It’s time for you
to get some sleep and rest. :)
Jasmine hanya tersenyum memandang pesanan yang dikirim oleh
abangnya. Jasmine kemudian menekan punat telefon bimbitnya.
Abang Ash ni ada
pasang cctv ke kat bilik adik?
Bagus abang mengaku
sekarang dekat mana abang pasang cctv tu sebelum adik bagi penumbuk dekat muka
abang. Beware!
Adrian terkejut dengan pesanan yang baru dikirim oleh adiknya itu.
Sudah gila agaknya kerana menyangka dia ada memasang cctv kat bilik adiknya.
Untuk apa dia hendak mengintai adiknya sendiri. Dia masih waras lagi untuk
melakukan semua itu.
Are you insane?
Suka hati dia aje nak tuduh Ash macam tu.
Banyak cantik nak
pasang cctv kat bilik adik tu.
Abang tahu la adik baca buku sebab lampu bilik
adik masih menyala lagi.
Jasmine kemudian ketawa setelah membaca pesanan yang dibalas
abangnya itu. Dia sendiri pun tidak tahu kenapa dia boleh mengesyaki abangnya
sendiri. Jasmine malu dengan tindakannya tadi.
Hehehe. Chill dude.
Just kidding.
Abang punya
sangkaan tu sentiasa tepat.
Sebab tu la adik
ingat ada cctv dalam bilik adik ni tadi. Goodnight.Sweetdream. :D
Adrian hanya menggelengkan kepala. Dia hanya membiarkan sahaja
pesanan adiknya itu tidak terbalas. Adrian melakukan sedikit senaman ringan
yang biasa dilakukannya sebelum tidur dan melabuhkan tubuhnya di tilam serta
melelapkan matanya. Begitu juga dengan Jasmine.Setelah menyimpan novelnya
didalam laci, Jasmine terus melelapkan matanya dan berharap agar dia kuat untuk
menghadapi hari-hari akan datang disamping keluarga tersayang. Mereka
sekeluarga tidur dengan nyenyak sekali pada malam itu.
P/S: Akan bersambung... :)
Hatiku Milikmu 4
Bab 4
Adrian mencari tempat yang sesuai untuk
meletakkan keretanya. Telefon bimbitnya berdering menandakan ada pesanan yang
dikirim. Adrian menekan punat handphonenya dan membaca mesej yang di hantar oleh kawan
lamanya.
Ad, kau kat mana
ni? Lama lagi ke?
Aku tunggu kau kat
Hijau ni.Cepat sikit.
Adrian segara membalas mesej kawannya itu.
Aku dah sampai la
ni. Tadi tengah cari tempat parking kereta aku la.
Banyak
pulak yang datang kat sini masa hujung minggu ni. Selalunya hari isnin sampai
jumaat yang ramai orang.
Adrian melangkah masuk ke kawasan
kedai makan yang dimaksudkan oleh kawannya tadi. Dari jauh lagi dia
sudah melihat kelibat Eivan Dantez. Adrian kemudiannya mengambil tempat
disebelah Eivan. Eivan sempat mempelawanya untuk duduk.
“Lama ke kau tunggu aku tadi?” Adrian memulakan mukadimahnya.
“Tak la. Lebih kurang lima minit macam tu la.” Seorang pelayan
perempuan menghampiri mereka berdua untuk mengambil pesanan.
“Saya nak ice lemon tea
satu.” Eivan memandang kearah pelayan tersebut.
“Bagi saya coke satu.”
Giliran Adrian pula memandang tepat kearah pelayan perempuan tersebut. Pelayan
tersebut pula tersenyum dengan penuh makna memandang Eivan. Pelayan itu juga
sempat mengenyitkan mata kearah mereka berdua. Adrian dan Eivan hanya tersenyum
sahaja melihat pelayan tersebut.
“Kau faham ?” Eivan memandang Adrian dengan senyuman yang cukup menawan sekali.
“Faham sangat.” Adrian dan Eivan kemudiannya ketawa dengan senang
hati. Memang begitulah reaksi wanita-wanita yang diluar sana apabila melihat
ketampanan Adrian dan Eivan. Mereka sudah terbiasa dengan gelagat-gelagat
wanita yang menaruh hati kepada mereka.
“Dari dulu lagi sampai sekarang masih tak berubah lagi la kau ni.
Makin macho tu ada la.” Eivan
mengusik Adrian.
“Kau pun apa kurangnya. Makin handsome jugak. Sampaikan perempuan
tadi tu main kenyit-kenyit mata kat kau.” Adrian sengaja mengenyitkan matanya
meniru aksi pelayan yang tadi. Lantas dengan itu ketawa mereka berdua berderai.
“Ad, kenapa setiap kali kalau nak jumpa dengan member kau mesti
pilih tempat ni? Kenapa tak kat topspot ke atau kedai-kedai yang lain.”
“Entah la. Mungkin sebab aku suka dengan suasana tempat ni yang
ala-ala hutan. Rasa macam tempat ni wujud secara semula jadi.” Adrian memandang
sekitar kawasan Hijau. Dia sangat gemar akan suasana di tempat tersebut.
Hijau merupakan salah satu kedai makan yang terdapa di Sarawak
yang terletak di sekitar BDC. Tempat tersebut turut disediakan dengan kemudahan
seperti wifi, oleh sebab itu kadang
kala tempat tersebut
dijadikan tempat untuk
bertemu dengan client. Suasananya
yang seakan-akan semula jadi menarik minat Adrian untuk menjamu selera di
kawasan tersebut.
“Ooo.. patut la kau selalu ajak datang sini. Kau buat apa sekarang
ni? Masih belajar atau dah kerja?” Eivan yang dari tadi memandang Adrian
kemudiannya mengalihkan pandangannya kepada pelayan yang menghantar minuman
kepada mereka. Setelah Adrian membuat pembayaran, pelayan tersebut segera
meninggalkan mereka berdua.
“Aku sekarang ni kerja dekat salah satu hotel milik papa aku. Kau
pulak?” Adrian meneguk air cola yang dipesannya tadi sambil memandang Eivan.
Itulah minuman kegemarannya.
“Oo.. aku ingat kau masih study
lagi. Aku baru balik dari U.K minggu lepas. Aku baru saja habis study kat sana, ambil bidang culinary art.” Eivan kemudiannya
menikmati air ice lemon teanya.
“Ooo.. lepas ni kau jadi tukang masak la? Adik aku pun ambil
bidang yang sama macam kau.”
“Kira macam tu la. Ehh, jom la pergi order makanan dulu. Perut aku
dah lapar giler ni.” Eivan mengajak
Adrian untuk mencari makanan yang hendak
dimakan. Setelah selesai membuat pilihan masing-masing,
mereka kembali ke meja yang mereka duduk tadi. Sepuluh minit
kemudiannya datang seorang pelayan membawa hidangan yang dipesan oleh Adrian
dan Eivan. Mereka terus sahaja menikmati hidangan tersebut dengan penuh selera.
Masing-masing hanya mendiamkan diri ketika sedang menjamu selera. Setelah
selesai menikmati hidangan, Eivan dan Adrian menyadar di kerusi tempat mereka
duduk menandakan mereka sudah kenyang.
“Kenyang sangat la perut aku ni. Tak larat nak jalan lagi.” Eivan
mengurut-ngurut perutnya.
“Siapa suruh kau makan banyak sangat. Nanti perut kau tu buncit
baru tahu.” Ketawa Adrian terus meledak sebaik sahaja menghabiskan minumannya.
“Takkan buncit kalau kita rajin walk-in la. Rajin-rajin la pergi bersenam kalau nak makan banyak
macam aku ni. Nanti tak la perut jadi buncit.” Eivan masih lagi mengurut
perutnya.
“Kau tak keluar dengan girlfriend
kau ke hujung minggu macam ni?” Adrian bertanya kepada sahabatnya itu.
“Aku mana ada girlfriend sekarang
ni. I’m still single dude.Kau masih
lagi ke dengan si Bella tu?” Eivan
hanya tersenyum.
“Ooo.. aku ingat kau dah
ada girlfriend sekarang ni. Nope. Aku dah break dengan dia lebih kurang beberapa bulan yang lalu la.”
Terbayang wajah manis Bella di mata Adrian.
“Kenapa korang break?
Bukan ke dia sayang sangat kat kau?” Eivan memandang Adrian dengan wajah yang
penuh kehairanan. Adrian pula hanya mampu ketawa kecil.
“Sayang sangat tu la yang buat kitorang putus. Aku tak tahan
dengan dia tu yang aku minta putus. Mula-mula tu memang la dia tak nak, tapi
dah lama-lama dia dah boleh terima.”
“Kenapa break?” Eivan
masih lagi menanyakan soalan yang sama kepada Adrian.
“Aku tak tahan dengan perangai dia yang kuat cemburu tu. Tak salah
kalau dia nak jealous tapi jangan la over sangat. Dia cemburu dengan adik
aku sendiri. Dia nampak aku jalan dekat The Spring dengan adik aku., tu yang
dia marah sangat. Dia fikir aku jalan dengan perempuan lain. Aku cakap la yang
perempuan tu adik aku tapi dia masih tak percaya. Dia siap cakap lagi yang adik
aku tu perempuan miang yang goda aku. Mesti la aku marah kalau orang cakap adik
aku macam tu. Mana logik aku nak tangkap cintun dengan adik aku sendiri.
Agak-agak la.” Adrian berpeluk tubuh memandang Eivan.
“Hahaha! Macam budak-budak la korang ni. Dengan adik kau pun dia
nak cemburu ke? Memang tak patut la tu. So,
sekarang ni dia dah tahu ke yang perempuan tu adik kau?” ketawa Eivan masih
lagi bersisa.
“Aku pun tak tahu. Kalau dia tahu
lantak dia la. Bunga pun bukannya sekuntum.” Adrian dan Eivan sama-sama ketawa.
“By the way, I haven’t meet
your sister yet. Aku cuma pernah tengok si Brian tu aje.” Eivan mula
terfikir mengenai adik Adrian yang bongsu.
“Lain kali kalau kau pergi rumah aku, masa tu aku akan kenalkan
kau dengan adik perempuan aku tu.”
“Cantik ke?” Eivan mengangkat kening ke arah Adrian sambil
tersenyum.
“Yang pasti dia boleh buat kau gila bayang.” Ketawa Adrian
berderai selepas selesai menuturkan bicaranya.
“Banyak la kau punya gila bayang. Ehh, cakap pasal gila bayang ni
aku teringat dengan seorang perempuan yang aku jumpa siang hari tadi. Dia
memang buat aku gila bayang derr..” terbayang wajah Jasmine di mata Eivan.
“Siapakah gerangan wanita yang mampu menawan hati batu kau tu?”
Adrian memandang wajah kawan baiknya itu.
“Apa pulak hati batu? Hati aku punya la lembut, kau boleh cakap
hati batu pulak.” Eivan menampar lengan Adrian.
“Aduhh! Sakit weii.. aku gurau aje lah. Siapa perempuan tu?”
Adrian mengurut lengannya yang ditampar oleh Adrian tadi.
“Nama dia Jasmine. Aku pun tak kenal sangat sebab dia jual mahal sangat
derr.. susah nak masuk line.”
“Dia jual mahal sebab kau tu yang tak pandai tackle awek. Tapi nama perempuan tu sama dengan nama adik aku. Apa
nama panjang dia?” Adrian kelihatan bersungguh-sungguh ingin mengetahui nama
wanita tersebut.
“Aku pun tak tahu la. Dia cuma cakap nama dia Jasmine. Lepas tu
dia terus blah..” kelihatan muka Eivan yang kecewa.
“Susah jugak kalau macam tu. Wei, aku gerak dulu la. Dah lewat
malam ni.”
Adrian bangun dan bersalaman dengan Eivan. Adrian dan Eivan
sama-sama meninggalkan café tersebut. Tidak sampai sepuluh minit kereta mereka
berdua memecut ke haluan masing-masing.
P/S: Akan bersambung.. :)
Subscribe to:
Comments (Atom)
