Wednesday, 14 December 2011

terasa rindu yang amat..

rindu ? rindu apa pulak ni? Mesti korang hairan kan .. 


Bukan rindu dengan pakwe la tetapi dengan zaman persekolahan .. maklumlah sekarang ni kan dah tak sekolah lagi. sebab tu yang rasa rindu sesangat ni. hehehe
kalau dulu nak bangun awal pagi tu memang hampeh ! 
Ada jerr alasan bagi kat ibu sebab tak nak pergi ke sekolah..
Antara alasan yang acap sekali digunakan:
1.sakit kepala 
2.sakit perut 
3.demam.
4.segugut (kalau kes ni memang ibu kasi lepas la.. hehehe)
sekarang ni pandai rindu pula dengan zaman sekolah menengah. lepas ni mana dapat nak guna baju seragam . buat display aje la nampaknya.
kalau dulu nak pergi sekolah tu memang payah sungguh.. pemalas ! 
pemalas ke?? tak la sampai ke situ. cuma liat aje nak bangun pagi.. kalau boleh nak ke sekolah tu ikut office hour. mengalahkan pekerja pejabat sungguh. 


kalau dulu susah sangat nak cuci kasut sekolah. masa cuti panjang jerr nak cuci kasut . itu pun 6 bulan sekali. mak oiii...apa nak jadi la yer? 
bila dah habis sekolah pula rasa macam hari-hari pulak nak cuci kasut.. haiya!




p/s: korang yang masih bersekolah tu , hargailah dan gunalah masa persekolahan anda dengan sebaik yang mungkin kerana suatu hari nanti, anda pasti akan merindui detik-detik suka duka di bangku persekolahan..

No comments:

Post a Comment