Wednesday, 18 April 2012

Suka sangat buat perbandingan?

Haa! Apa cerita pulak kali ni? Cerita cerita laa..
Kalau kome semua nak tahu, teruskan membaca ye..


Korang confirm suka buat Perbandingan kan? Saya pun suka jugak.
Semua orang pun akan buat macam-macam perbandingan. 
Harus jugak kalau nak dapatkan yang terbaik... Tapi jangan di salah ertikan .


Bagi saya perbandingan ni ada dua kategori.


1. Perbandingan yang baik.
Apa yang saya maksudkan tu??


Maksud saya tu, perbandingan yang baik tu menjurus kepada hal-hal yang positif.
Sebagai contohnya bagi mereka yang masih bersekolah, buat perbandingan tentang nilai markah ujian sesama sendiri. (jangan buat perbandingan boyfriend siapa paling banyak pulak. hehe)



semua orang nak jadi macam gambar diatas kan?
belajar rajin-rajin :)


Betul ke ni? hehe
macam-macam ragam pulak..




Bagi yang bekerja pula buat perbandingan mengenai prestasi kerja. Tapi jangan la kalian ada timbul hasat dengki pulak. persaingan yang positif laa... biar sama-sama maju.



pilih aje nak jadi apa bila dah besar nanti.
yang penting kerja tu yang halal.
:)

2. perbandingan yang tidak baik.

Beralih kepada yang negetif pula. (memang dah jadi lumrah kehidupan, ada positif dan negetif)

Perbandingan yang tidak baik ni lebih menjurus kepada kehendak dan bukan keperluan.
Kehendak? Keperluan? Macam belajar subjek Perdagangan pulak. hehe!

Bukan la. ini haaa pasal orang sekarang ni. Suka buat perbandingan yang tidak munasabah.
Baca dulu la perbualan kat bawah ni. Nanti korang akan faham.

Muna: "Ehh Sabah, kau nak kemana tu?"
Sabah: "Ni haa, aku nak pergi beli baju kat Butik *******. Kau tak nak ikut ke?"
Muna: "Ooo.. Tak payah la. Nanti-nanti la aku ikut kau."

Dalam hati Sabah lantak kau la Muna tak ikut aku.  Lagipun aku bukannya nak pergi beli kat butik pun. kedai biasa aje.. hehehe
Sabah pun meneruskan perjalanannya ke destinasi yang diingini. Muna pulak balik ke rumah.

Muna: "Mak, Muna ingat nak pinjam duit sikit la."
Mak: "Muna nak guna beli apa?"
Muna: "Muna bak beli baju kat Butik ******"
Mak: "Minggu lepaskan Muna dah beli baju. takkan minggu ni pun nak beli lagi. Mak tak ada duit nak.."
Muna:"Mak ni asyik-asyik cakap tak ada duit. Mak memang tak sayang Muna"

Itu la yang saya maksudkan tidak 'MunaSabah'..


Ni kedai yang Sabah ingin pergi tu. ko ade?
tapi omong kosong aje. 
Takde maknanya Butik dia tu.


 Ni pulak suasana kedai baju yang biasa-biasa saja.
kalau saya pun beli kat kedai biasa.

Memang la ada pepatah "menang membeli alah memakai". tidak di nafikan.
Tapi kalau kita tak mampu nak buat macam mana. 
Kita perlu berbelanja dengan kemampuan masing-masing.

Asyik pot pet pot pet aje! hehehe
jangan marah tau...

p/s: Cik Muna dan Cik Sabah tu tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang sudah mati. :)




Alamak! Jerawat la..!

Aduhh ! Jerawat datang menyerang lagi. 
Anda pasti juga mempunyai masalah yang sama kan?
So, saya nak kongsi sikit cara-cara yang boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat.


Tips menghilangkan jerawat yang pertama adalah dengan cara mencuci wajah 2 kali sehari. Mencuci wajah 2 kali sehari akan membantu menghilangkan minyak di permukaan kulit kita. Jika kita jarang membersihkannya, maka bakteri penyebab jerawat akan hidup subur di wajah kita. Namun ingat..jangan mencuci wajah apalagi menggosok wajah secara berlebihan karena malah akan meningkatkan produksi minyak sobaceous yang dapat menyebabkan masalah kulit pada wajah. Cucilah wajah 2 kali sehari dengan menggunakan sabun yang lembut.


Minum air putih-Hampir 70% kulit kita terdiri dari air, dengan minum air minimal 2 liter sehari, maka kulit kita akan selalu fit dan sehat.


Aspirin (ubat demam) - Walaubagaimana cantik pun kulit seseorang remaja itu, pasti akan mengeluarkan jerawat sekali-sekala. Tips untuk anda mengurangkan kemerahan dan mengecutkan jerawat yang baru tumbuh itu adalah dengan hancurkan sebiji aspirin (ubat panadol adalah disyorkan) dan lembabkan ia dengan sedikit air. Kemudian sapu campuran tadi ke kawasan yang ditumbuhi jerawat, biarkan selama beberapa minit, kemudian bilas dengan menggunakan air bersih. Ulangi prosedur ini sehingga jerawat anda mengecut dan hilang.
Ubat gigi - Sebelum tidur, letakkan ubat gigi pada bahagian yang ditumbuhi jerawat, biarkan ia mengering sehingga keesokan harinya. Kemudian bilas muka anda. Ini adalah kerana ubat gigi mampu mambantu untuk menghidrasikan(mengeringkan) jerawat dan ia juga mampu untuk menyerap minyak pada wajah.
Minyak zaitun - Cara ini adalah cara turun temurun yang diamalkan sejak zaman nenek monyang lagi. Dan ramai juga telah bersetuju bahawa cara ini adalah berkesan. Campurkan satu sudu besar minyak zaitun dengan 4 sudu garam, kacau sebatian untuk beberapa minit, sapu pada bahagian wajah anda yang ditumbuhi jerawat, biarkan seketika, kemudian bilas wajah dengan menggunakan sabun pencuci muka.
Sering-seringlah makan sayur dan buah.
sayur2an mengandung banyak vitamin yang menyehatkan kulit kita. Perbanyaklah makan sayur atau buah, terutama yang mengandung vitamin E. Dengan kulit yang sehat, maka jerawat akan sukar untuk tumbuh dan berkembang.
Tidur yang cukup dan teratur.
Kulit juga sama seperti kita, perlu istirahat. Jadi biasakanlah untuk tidur yang cukup dan teratur. Kerana saat kita tidur, kulit akan beregenerasi dan membuang racun2 yang berbahaya sehingga saat kita bangun keesokan harinya kulit kita akan kembali segar.
p/s: Sila la cuba kalau nak tahu hasilnya. :)

Tuesday, 17 April 2012

Shaheizy Sam feat Yana Samsudin?

Wahh ! Setelah berjaya dalam bidang lakonannya, Shaheizy Sam dan Yana Samsudin terjun pula ke bidang nyanyian. 


Lagu 'Begini Caranya' merupakan single terbaru mereka berdua. 

Jangan terkejut dengar suara Shaheizy Sam dan Yana Samsudin ! Terbaikkk !
Siapa sangka 'Adnan dan Wawa' mampu untuk menyanyikan lagu tersebut dengan begitu baik sekali.
Saya difahamkan lagu tersebut buat masa ini hanya di mainkan di Nasional FM.


Dengarkan lagu 'Begini Caranya'. Enjoy ! 



Lirik Lagu Begini Caranya – Shaheizy Sam / Yana Samsudin

Aku tak bisa mengatakan perkataan
Kelu lidah bila berdepan kamu
Percaya pada naluri hatiku
Yang nyata sudah ada depan mata

Tapi aku masih belum mengenalmu
Untuk menikmati rasa sebenar-benar cinta

Aku tahu dimana nak cari cintamu
Disini tak mungkin mengalah
Dengan apa yang mendatang

Yang ku tahu ku cuba terbaik untukmu
Yang indah jadikan kenangan
Yang duka perbetulkan

Ini caranya bagi diriku
Caranya bagi diriku

Tapi aku masih belum mengenalmu
Untuk menikmati rasa sebenar-benar cinta

Aku tahu dimana nak cari cintamu
Disini tak mungkin mengalah
Dengan apa yang mendatang

Yang ku tahu ku cuba terbaik untukmu
Yang indah jadikan kenangan
Yang duka perbetulkan

Aku tahu dimana nak cari cintamu
Disini tak mungkin mengalah
Dengan apa yang mendatang

Yang ku tahu ku cuba terbaik untukmu
Yang indah jadikan kenangan
Yang duka perbetulkan

Ini caranya bagi diriku
Caranya bagi diriku




p/s: sokonglah industri muzik negara kita.

Sarawak menentang Kedah di stadium Negeri Sarawak.

Hello semua ! lama rasanya saya tak update saya punya blog ni. 
busy memanjang. hehe !


kali ni nak cerita pasal apa pulak ?
kalau tengok tittle pun confirm korang semua tahu.


pada 17 April 2012, iaitu semalam la.. perlawanan Sarawak menentang Kedah.
yang pergi tu memang ramai. boleh dikatakan penuh stadium Negeri Sarawak you all !


tapi saya tak pergi la. ayah aje yang pergi. dia yang tak nak bawa saya. :(
sedih jugak tak dapat  nak pergi. tapi dapat berita pun cukup la.


Sarawak tewas di tangan kedah dengan 2-0 . 
masa lawan kat Kedah hari tu menang 2-0.
tapi kali ni tewas pulak. apa boleh buat, dah nasib badan.


so, apa-apa pun kalah mahupun menang memang sudah menjadi adat permainan.

p/s : Majulah sukan untuk negara !